🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

SKAS Sarawak 2025: Panduan Permohonan & Semakan Status

Berita baik untuk orang-orang Sarawak! Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak atau SKAS Sarawak sudah boleh mula disemak sejak semalam, 1 Januari 2025.

November lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengumumkan terdapat inisiatif baharu bantuan kewangan untuk orang Sarawak, disalurkan pada tahun 2025.

Bantuan kewangan yang dinamakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak atau SKAS diperkenalkan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup di Sarawak.

Ingin tahu lebih lanjut tentang bantuan SKAS Sarawak, cara untuk memohon dan membuat semakan SKAS 2025?

Teruskan membaca artikel ini.

Bantuan SKAS Sarawak 2025

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini, Tan Sri Abang Johari mengumumkan pemberian bantuan kewangan SKAS kepada penduduk Sarawak.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM450 juta pada tahun 2025 yang dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 850,000 penerima.

SKAS adalah program bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang disalurkan melalui aplikasi S Pay Global (e-wallet).

Penerima yang layak mendapat bantuan SKAS boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan di kedai dan pasar raya terpilih.

SKAS atau Sumbangan Keperluan Asas Sarawak disalurkan bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah yang tinggal di negeri itu.

Syarat Kelayakan

Penerima yang layak untuk mendapat bantuan SKAS perlu mempunyai kriteria di bawah:

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan tinggal di Sarawak.
  • Kerajaan Negeri akan merujuk data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Penerima dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak. Syarat untuk setiap kategori adalah:
    • Isi Rumah: Berkahwin atau Ibu / Bapa Tunggal yang mempunyai tanggungan, dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
    • Warga emas tanpa pasangan dan anak: Bujang atau Ibu / Bapa Tunggal yang tiada anak, berumur lebih 60 tahun dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
    • Bujang: Bujang, Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) atau Ibu / Bapa Tunggal yang tiada tanggungan, berumur 21-59 tahun dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Nota: Kebanyakan penerima SKAS juga akan menerima bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah, STR 2025.

Jumlah Bantuan SKAS Sarawak

Jumlah bagi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak membabitkan antara RM250 hingga RM800 setahun, bergantung kepada kelayakan penerima.

Jumlah bantuan kewangan ini berbeza bagi setiap kategori.

  • Isi Rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah: RM800 setahun.
  • Warga emas tanpa pasangan dan anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah: RM400 setahun.
  • Bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah: RM250 setahun.

Bantuan ini akan diberikan melalui e-wallet S Pay Global penerima, secara sekali gus.

Sumbangan akan dibayar bermula suku pertama 2025.

Tarikh Bayaran SKAS

SKAS akan mula dibayar pada 18 Februari 2025 melalui e-dompet S PAY GLOBAL.

Permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak

skas sarawak
Sumber: Service Sarawak.

Berita baiknya, orang Sarawak tidak perlu membuat sebarang permohonan manual untuk SKAS.

Nama anda akan disenaraikan secara automatik jika anda memang penerima STR Fasa 4.

Ini kerana, kerajaan negeri akan merujuk kepada data penerima STR Fasa 4.

Pun begitu, penerima yang layak menerima bantuan SKAS Sarawak ini perlu mengikuti langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global dalam telefon pintar anda.
  2. Pilih ‘New User Registration’.
  3. Isikan dengan lengkap maklumat yang diminta: Nama Penuh, Nombor MyKad dan Alamat E-mel.
  4. Muat naik gambar MyKad dan wajah anda untuk pengesahan.
  5. Masukkan nombor TAC.
  6. Tetapkan pin pembayaran.
  7. Selesai mendaftar!

Semakan SKAS Sarawak

skas sarawak
Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak.

Selepas mendaftar S Pay Global, anda boleh mula menyemak status SKAS.

Semakan SKAS sudah boleh mula dibuat sejak 1 Januari 2025.

Berikut merupakan panduan untuk anda:

  1. Layari portal rasmi Sarawak di https://sarawak.gov.my.
  2. Klik butang Semak Kelayakan.
  3. Klik Sarawak ID Log Masuk.
  4. Masukkan nombor MyKad dan kod Captcha.
  5. Klik butang Semak untuk melihat status kelayakan anda.

Maklumat Lanjut

Layari portal rasmi Kerajaan Negeri Sarawak untuk semakan penerima dan maklumat lanjut: https://sarawak.gov.my.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai SKAS di sini.

Leave a Comment