Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dibuka sepanjang tahun bermula 19 Oktober lalu. Adakah anda sudah memohon? Kami kongsikan cara lengkap dan mudah STR Login 2025 supaya nama anda tidak tercicir sebagai penerima STR 2025.
Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025
Pengumuman Kerajaan dalam meningkatkan jumlah peruntukan dan penambahbaikan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 disambut baik semua pihak, khususnya golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini boleh membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah serta sederhana, B40 dan M40.
Malahan, sambutan menggalakkan diterima sejak permohonan STR 2025 dibuka pada 19 Oktober lalu.
Sama seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini, Sumbangan Tunai Rahmah juga merupakan program bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan sekarang.
Nama program ini dijenamakan semula pada tahun 2023 sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.

Malahan, pada tahun ini, kerajaan Malaysia di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah 2025 sebanyak RM13 bilion ketimbang RM10 bilion pada tahun lalu, serta beberapa penambahbaikan lain.
Ini sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta rakyat Malaysia, iaitu bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara ini.
Panduan Lengkap STR Login 2025
Bagi anda yang mungkin tidak pernah langsung memohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, ataupun pernah tetapi keliru atau lupa bagaimana cara memohon STR 2025, berikut kami sediakan langkah A-Z untuk anda.
Pastikan anda ikuti langkah ini satu-persatu supaya tiada sebarang masalah atau kesilapan semasa permohonan STR Login 2025 ini.
Cara Tepat STR Login 2025 Untuk Yang Pernah Memohon STR
Anda boleh mulakan STR Login anda di komputer, komputer riba, telefon pintar ataupun tablet.
- Sila layari pautan portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi STR 2025.
- Kemudian, sila isikan nombor kad pengenalan anda di bahagian kanan, seperti paparan di bawah.
- Klik butang Log Masuk.
- Anda akan dibawa ke halaman Semak Status.
- Masukkan kembali nombor kad pengenalan atau klik terus butang Semak.
- Kemudian, anda akan dipaparkan Kata Kunci Keselamatan kepunyaan anda.
- Sila semak, jika paparan tersebut sama seperti kepunyaan anda, klik Ya.
- Pengguna perlu memasukkan Kata Laluan. Jika anda terlupa Kata Laluan, klik pada Terlupa Kata Laluan dan anda akan ditunjukkan cara mendapatkan kembali kata laluan anda.
- Setelah masukkan Kata Laluan, klik kembali Log Masuk.
- Anda berjaya dibawa ke halaman utama MySTR, portal sehenti untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
- Bagi mengetahui status bayaran, anda boleh klik Semakan Permohonan untuk melihat status bantuan anda.
- Klik Maklumat Pembayaran bagi melihat status pengkreditan, tarikh dan jumlah bayaran yang anda akan terima, maklumat bank dan no akaun serta fasa pembayaran.
- Bagi mereka yang berstatus Lulus, bantuan tunai akan diberikan secara berperingkat mengikut fasa yang dimaklumkan oleh kerajaan.


Bagaimana STR Login Untuk Permohonan Baru?
Permohonan Baharu STR Login 2025 perlu mempunyai kriteria seperti berikut:
a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang/ tiada pasangan/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Ini pautan rasmi mengenai panduan permohonan baru STR Login 2025.
Bagi anda yang pertama kali ingin memohon STR Login 2025, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda isi pada borang atas talian.
- Layari pautan portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi STR 2025.
- Kemudian, isi nombor kad pengenalan (seperti paparan di bawah), klik pada Permohonan Baharu STR.
- Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah.
- Sila isikan maklumat anda pada ruangan Maklumat Pemohon.
- Muat naik dokumen sokongan seperti yang diminta.
- Setelah lengkap diisi, pergi ke ruangan Pengesahan untuk meneruskan proses permohonan.
- Kemudian, klik Hantar.


Terlupa Kata Laluan STR Login 2025
Bagi mendapatkan semula kata laluan anda, ikuti langkah di bawah ini:
- Masuk ke pautan portal rasmi STR 2025 seperti dinyatakan di atas.
- Isikan nombor kad pengenalan dan klik butang Log Masuk.
- Pada halaman Semak Status, klik butang Semak.
- Kemudian, semak Kata Kunci Keselamatan kepunyaan anda.
- Jika betul, klik Ya.
- Klik pada Terlupa Kata Laluan.
- Nombor kad pengenalan anda akan dipaparkan pada soalan keselamatan. Klik butang Semak.
- Masukkan e-mel sama yang pernah anda daftarkan untuk STR.
- Klik Seterusnya.
- Periksa e-mel anda untuk melihat kata laluan sementara yang diberikan.
- Jika anda tidak menerima e-mel, klik butang Seterusnya.
- Anda perlu mengisi 3 soalan keselamatan sebagai pengesahan.
- Klik butang Seterusnya.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang Tukar Kata Laluan.
- Setelah berjaya menukar kata laluan baharu, anda boleh teruskan STR Login dengan log masuk semula ke portal rasmi MySTR seperti tutorial di atas.
Semakan Status STR 2025
Bagi mengetahui status permohonan anda dan membuat semakan STR 2025, ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi STR 2025.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Log Masuk, kemudian Semak.
- Sahkan kata kunci keselamatan. Jika betul, kemudian klik Ya.
- Masukkan kata laluan anda dan Log Masuk.
- Semak profil anda; nama dan nombor kad pengenalan pemohon.
- Klik pada butang Semakan Permohonan dan Status Bayaran STR akan dipaparkan.
Tarikh Bayaran STR 2025
Tarikh pembayaran sebenar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di media rasmi.
Walau bagaimanapun, pembayaran STR 2025 akan dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat.
Berikut merupakan anggaran pembayaran STR 2025 mengikut fasa:
- Fasa 1: Februari 2025.
- Fasa 2: April 2025.
- Fasa 3: Ogos 2025.
- Fasa 4: November 2025.
Saluran Pertanyaan
Segala pertanyaan atau informasi terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2025 boleh didapati di:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/