Terkini! Bantuan tunai tambahan sekali beri (one-off) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula dibayar berperingkat sejak semalam, 9 Disember 2024.
Jom semak kelayakan anda dan ketahui kadar dan cara pembayaran SARA 2024.
Siapa Yang Layak Terima Sumbangan Asas Rahmah?
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan satu bentuk bantuan tunai tambahan lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini biasanya diberikan dalam bentuk wang tunai atau baucar yang boleh digunakan untuk membeli barangan asas, seperti makanan dan keperluan harian.
SARA 2024 dilaksanakan secara berperingkat sejak 22 Januari 2024.
Tujuannya adalah dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan, yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Mengambil kira maklum balas rakyat, Kerajaan melaksanakan penambahbaikan SARA untuk tahun 2024, seperti:
- Memperluas golongan penerima yang layak untuk SARA dengan merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun lalu yang hanya terhad kepada miskin tegar.
- Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Sementara, kadar bantuan untuk golongan bujang kekal RM600.
- Penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada kategori barangan asas tambahan lain seperti barangan kebersihan diri, ubatan dan alat persekolahan.
Sumbangan Asas Rahmah One Off
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah menambahbaik pemberian SARA 2024, di mana kesemua 8 juta penerima STR mendapat bayaran tunai tambahan one off secara berperingkat bermula semalam, 9 Disember 2024.
Ini berbeza dengan Program SARA MyKasih sebelum ini; bantuan hanya terhad kepada mereka yang terdiri daripada kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih bagi tahun 2023.
Justeru, pemberian Sumbangan Asas Rahmah one off kali ini membolehkan SEMUA penerima Bantuan STR FASA 4 2024 akan turut menerima bantuan ini.
Baca juga:
STR Login: Ini Panduan Lengkap Log Masuk & Semak Status STR
Semakan STR 2025: Semak Jadual Bayaran Fasa 1 Sekarang!
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan ciri-ciri yang layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan merupakan PENERIMA bantuan STR 2024 untuk kategori Isi rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang seperti STR 2024.
Kriteria tambahan bagi penerima bantuan tunai SARA One Off pula adalah, penerima bukan daripada kumpulan Miskin atau Miskin Tegar.
Cara Memohon SARA
Tiada permohonan khusus perlu dilakukan untuk menerima bantuan tunai tambahan SARA One-Off 2024.
Sebaliknya, bantuan ini akan TERUS dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau pemohon STR 2024 yang layak.
Oleh itu, sila pastikan maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank anda yang berdaftar untuk STR 2024 adalah tepat dan terkini.
Kadar Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
Penerima yang layak SARA 2024 menerima bantuan berjumlah RM1,200 atau RM600, mengikut kategori seperti berikut:
Kategori Kelulusan STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar) | Kadar Bayaran |
Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM1200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1200 |
Bujang | RM600 |
Jadual Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sepanjang 2024
Berikut merupakan cara pembayaran SARA 2024 yang diberikan kepada rakyat berkelayakan termasuk di Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Penerima SARA 2024 mula menerima elaun bulanan sebanyak RM100/RM50 sejak Januari 2024.
Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar) | Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar) | |
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari | RM100 | RM50 |
Februari | RM100 | RM50 |
Mac | RM100 | RM50 |
April | RM100 | RM50 |
Mei | RM100 | RM50 |
Jun | RM100 | RM50 |
Julai | RM100 | RM50 |
Ogos | RM100 | RM50 |
September | RM100 | RM50 |
Oktober | RM100 | RM50 |
November | RM100 | RM50 |
Disember | RM100 | RM50 |
Jumlah | RM1,200 | RM600 |
Kadar Bayaran SARA One Off
Bagi penerima SARA 2024 One Off pula, berikut merupakan jadual kadar bayaran bantuan tunai buat semua penerima STR 2024 yang layak.
Pembayaran mula disalurkan secara berperingkat mulai 9 Disember 2024, mengikut kaedah pembayaran STR.
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BAYARAN SARA ONE OFF |
Isi Rumah | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
Bagaimana Pelaksanaan Bayaran SARA One Off?
Bantuan tunai one off yang mula disalurkan 9 Disember 2024 dibayar kepada penerima STR Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Kaedah pembayarannya adalah seperti berikut:
- Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak menerima RM300 setahun.
- Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak menerima RM150 setahun.
Semakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
Penerima boleh buat semakan bayaran SARA 2024 seperti berikut:
a) Semakan Dalam Talian
- Semakan boleh terus dibuat di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk nombor kad pengenalan pemohon dan pengesahan frasa keselamatan.
- Pastikan maklumat yang tertera adalah betul.
- Masukkan kata laluan.
- Klik pada bahagian Semakan Permohonan.
- Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan LULUS bersama jumlah bayaran RM300/RM150.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 9 Disember 2024.
Cara Pembayaran
Bantuan tunai one off SARA 2024 akan dilakukan secara berperingkat bermula 9 Disember 2024.
Berikut merupakan kaedah pembayaran Sumbangan Asas Rahmah one off.
Cara Bayaran
- Dikreditkan terus ke dalam Akaun Bank: Wang akan dimasukkan terus ke dalam akaun pendaftar atau penerima.
- Melalui kaunter perkhidmatan cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Penerima yang tidak memiliki akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan BSN.
Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah



Maklumat Lanjut
Pemohon STR dan SARA boleh merujuk Soalan Lazim di portal MyKasih, https://mykasih.com.my/ atau portal rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Maklumat terperinci dan terkini mengenai Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024 boleh didapati di pautan di bawah: