🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Surat Cuti Sekolah Anak Tidak Hadir, Ikut Format & Contoh Ini

Jika anak tidak dapat hadir ke sekolah, ibu bapa perlu bersedia untuk kemukakan surat cuti sekolah.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah, tadika, sekolah rendah mahupun menengah, pasti ada yang sudah biasa dengan situasi ini.

Namun, untuk ibu bapa yang pertama kali berdepan dengan situasi ketidakhadiran anak ke sekolah atas faktor tertentu, pastinya sedikit buntu kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Surat cuti sekolah beserta alasan kukuh atas ketidakhadiran anak dengan tandatangan ibu bapa atau penjaga, perlu dikepilkan untuk memberitahu cikgu atau pihak sekolah penjelasan rasmi.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara menulis surat cuti sekolah atau surat tidak hadir ke sekolah untuk rujukan ibu bapa.

Alasan Surat Cuti Sekolah Anak

Anak mungkin tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan pelbagai alasan.

Jika anak sakit atau tidak sihat dan perlu dibawa ke doktor, dapatkan surat cuti sakit atau MC daripada doktor.

Berbeza pula jika anak tak dapat datang sekolah disebabkan alasan lain atau hal yang tidak boleh dielakkan.

Jika situasi ini yang berlaku, maka ibu bapa perlulah menyediakan surat cuti sekolah untuk diberikan kepada cikgu kelas atau pihak sekolah.

Antara alasan lazim yang sering dinyatakan dalam surat tidak hadir ke sekolah adalah kerana urusan keluarga, hal kecemasan atau kesihatan.

Contoh alasan yang lebih spesifik yang memerlukan ibu bapa menulis surat cuti sekolah adalah:

surat cuti sekolah
  1. Ibu bapa atau penjaga tidak sihat.
  2. Melawat orang sakit.
  3. Kematian.
  4. Balik kampung kerana hal kecemasan yang memerlukan perhatian segera.
  5. Masalah pengangkutan ke sekolah.
  6. Urusan keluarga seperti majlis perkahwinan atau percutian keluarga.

Apa pun alasannya, ibu bapa digalakkan untuk memberi surat cuti sekolah rasmi kepada guru bagi mengelakkan anak di’cop’ sebagai ponteng sekolah.

Format

Surat anak tidak hadir sekolah perlu ditulis dengan format surat rasmi.

Ini format yang perlu ada dalam surat tersebut:

  1. Maklumat pengirim: Nama penuh ibu bapa atau penjaga, alamat rumah dan nombor telefon.
  2. Maklumat penerima: Nama guru kelas atau pengetua dan alamat sekolah.
  3. Tarikh surat: Tarikh surat ditulis.
  4. Subjek surat: Tujuan surat ditulis. Contoh: Tidak Hadir Ke Sekolah.
  5. Isi surat: nyatakan nama penuh anak, kelas, alasan tidak hadir dengan terperinci dan tarikh tidak hadir. Jika ada bukti sokongan seperti surat kematian, sila kepilkan bersama surat rasmi ini.
  6. Penutup: Ucapan terima kasih dan tandatangan ibu bapa atau penjaga di akhir surat.

Contoh Surat Cuti Sekolah

Berikut adalah templat atau contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah atau cuti sekolah:

Nota: Anda boleh menukar frasa yang di’bold‘kan.

Surat Tidak Hadir Kerana Sakit

[Nama dan alamat pengirim]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
No. 5, Jalan Seri Ranting 3/2,
Taman Seri Ranting,
53000 Kuala Lumpur.
_______________________________________________________________________

Kepada:
[Nama pengetua / guru kelas dan alamat sekolah]
Guru Kelas 4 Siantan,
Sekolah Kebangsaan Sri Permata,
53000 Jalan Gombak,
Kuala Lumpur. [Tarikh] 4 Disember 2024

Tuan/Puan,

PERKARA: Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Sakit

Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Saiful Bin Ahmad Suffian, pelajar Tahun 4 Siantan, tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari pada 4 Disember 2024 dan 5 Disember 2024 kerana mengalami cirit-birit.

Saya telah membawa Ahmad ke klinik untuk rawatan.

Berikut saya sertakan sijil sakit dari doktor sebagai bukti.

Kerjasama dan pertimbangan pihak guru amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
[Tandatangan, nama pengirim dan nombor telefon]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
011-2345 6789

Surat Tidak Hadir Kerana Urusan Keluarga

surat cuti sekolah

[Nama dan alamat pengirim]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
No. 5, Jalan Seri Ranting 3/2,
Taman Seri Ranting,
53000 Kuala Lumpur.
_______________________________________________________________________

Kepada:
[Nama pengetua / guru kelas dan alamat sekolah]
Guru Kelas 4 Siantan,
Sekolah Kebangsaan Sri Permata,
53000 Jalan Gombak,
Kuala Lumpur. [Tarikh] 6 Disember 2024

Tuan/Puan,

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Pada 6 Disember 2024

Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Saiful Bin Ahmad Suffian, pelajar Tahun 4 Siantan, tidak dapat hadir ke sekolah pada 6 Disember 2024 kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat di Perlis.

Kami sekeluarga terpaksa ke Perlis untuk menghadiri majlis yang berlangsung pada hari tersebut.

Berikut saya sertakan kad undangan perkahwinan sebagai bukti.

Kerjasama dan pertimbangan pihak guru amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
[Tandatangan, nama pengirim dan nombor telefon]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
011-2345 6789

Kematian Ahli Keluarga

[Nama dan alamat pengirim]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
No. 5, Jalan Seri Ranting 3/2,
Taman Seri Ranting,
53000 Kuala Lumpur.
_______________________________________________________________________

Kepada:
[Nama pengetua / guru kelas dan alamat sekolah]
Guru Kelas 4 Siantan,
Sekolah Kebangsaan Sri Permata,
53000 Jalan Gombak,
Kuala Lumpur. [Tarikh] 3 Disember 2024

Tuan/Puan,

PERKARA: Surat Cuti Sekolah Kerana Kematian Ahli Keluarga

Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Saiful Bin Ahmad Suffian, pelajar Tahun 4 Siantan, tidak dapat hadir ke sekolah pada 3 Disember 2024 kerana kematian bapa saudara di Negeri Sembilan.

Kami sekeluarga perlu pulang ke kampung untuk menghadiri upacara pengebumian dan memberikan penghormatan terakhir.

Berikut saya sertakan surat kematian sebagai bukti.

Kerjasama dan pertimbangan pihak guru amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
[Tandatangan, nama pengirim dan nombor telefon]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
011-2345 6789

Percutian Keluarga

surat cuti sekolah anak

[Nama dan alamat pengirim]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
No. 5, Jalan Seri Ranting 3/2,
Taman Seri Ranting,
53000 Kuala Lumpur.
_______________________________________________________________________

Kepada:
[Nama pengetua / guru kelas dan alamat sekolah]
Guru Kelas 4 Siantan,
Sekolah Kebangsaan Sri Permata,
53000 Jalan Gombak,
Kuala Lumpur. [Tarikh] 6 Disember 2024

Tuan/Puan,

Tidak Hadir Sekolah Kerana Bercuti Di Luar Negara

Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Saiful Bin Ahmad Suffian, pelajar Tahun 4 Siantan, tidak dapat hadir ke sekolah pada 6 Disember 2024 kerana bercuti di luar negara.

Kami sekeluarga perlu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi memandangkan penerbangan kami, 6 Disember 2024 adalah pada jam 2 petang.

Berikut saya sertakan tiket penerbangan sebagai bukti.

Kerjasama dan pertimbangan pihak guru amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
[Tandatangan, nama pengirim dan nombor telefon]
Ahmad Suffian Bin Ahmad Nawwab
011-2345 6789

Kesimpulan

Surat cuti sekolah adalah dokumen rasmi untuk memberitahu pihak sekolah penjelasan tentang ketidakhadiran murid ketika tempoh persekolahan.

Surat rasmi ini perlu dihantar bagi membolehkan guru dan pihak sekolah menyimpan maklumat ini dalam fail rekod kelas atau sekolah.

Ini juga bagi mengelakkan tindakan tata tertib bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang kukuh.

Bagi alasan-alasan yang boleh dielakkan seperti percutian keluarga, ibu bapa boleh merancang percutian dengan merujuk kalendar 2025.

Leave a Comment