Permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM & STPM / Setaraf Sesi Akademik 2025 / 2026 dibuka mulai 10 Februari 2025 dan semakan UPU Online bermula pada Jun dan September 2025.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM sesi 2024/2025 bakal berakhir pada 6 Februari ini.
Kini, tiba masanya untuk para pelajar lepasan SPM / STPM / Setaraf membuat permohonan ke UPU yang akan mula dibuka pada 10 Februari ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Bagaimana cara untuk memohon?
Kami akan kongsikan dengan anda cara permohonan UPUOnline dan semakan keputusan UPU.
UPUOnline
UPUOnline merupakan satu platform dalam talian yang diselenggarakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pengajian Tinggi untuk menguruskan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.
Sistem ini membolehkan calon lepasan SPM, STPM, dan setarafnya untuk memohon pelbagai program pengajian yang ditawarkan di IPT di negara ini.
UPUOnline juga menyediakan kemudahan untuk pemohon membuat semakan keputusan permohonan ke IPT.
Sistem ini memudahkan proses permohonan dan semakan, serta mengurangkan kesulitan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM / STPM / Setaraf.
Kategori Pemohon UPU

Terdapat beberapa kategori pemohon yang boleh membuat permohonan melalui sistem UPUOnline.
Pemohon boleh dibahagikan mengikut kelayakan akademik dan status pengajian mereka.
Antara kategori utama bagi sesi kemasukan 2025/2026 adalah:
- Calon Lepasan SPM โ Pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM / Sijil / Asasi / Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) dan ingin memohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil / Asasi, Diploma, atau program-program pengajian setaraf yang ditawarkan oleh universiti awam dan politeknik.
- Kategori A : SPM 2024 (Tahun Semasa).
- Kategori B: SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa).
- Calon Lepasan STPM / Setaraf โ Pelajar yang telah menduduki peperiksaan STPM / memiliki kelayakan lain selain SPM dan STPM seperti A-Level, Matrikulasi, atau Diploma, dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).
- STPM 2024 (Kategori A: Aliran Sastera / Kategori S: Aliran Sains).
- Matrikulasi / Asasi
- Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASI pintar UKM & Asasi UiTM.
- Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori U – Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM.
- Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
- Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
- Kategori J – Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM.
- Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
- Kategori T: STAM 2024/2023.
- Kategori T
- Diploma / Setaraf
- Kategori E – Kelayakan Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma.
- Kategori F – Kelayakan setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM*, Matrikulasi*, STAM*, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (*Bukan tahun semasa).
- Kategori G – Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti.
Maklumat lanjut mengenai kategori untuk lepasan SPM boleh rujuk di sini dan untuk lepasan STPM / Setaraf, rujuk di sini.
Tarikh Permohonan UPUOnline Sesi 2025 / 2026 Untuk Lepasan SPM / STPM
Bagi sesi 2025 / 2026, pemohon perlu memberi perhatian kepada beberapa tarikh penting yang akan diumumkan oleh pihak UPU.
Beberapa tarikh penting yang perlu diperhatikan adalah:
- Tarikh Buka Permohonan UPU.
- Tarikh Tutup Permohonan UPU.
- Tarikh Semakan Keputusan.
Bagi calon lepasan SPM / STPM / Setaraf, terdapat dua fasa untuk tempoh permohonan UPUOnline, iaitu:
Fasa 1: Tarikh buka permohonan UPU mulai 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025.
Fasa 2: Tarikh buka permohonan UPU mulai 14 April 2025 sehingga 16 Mei 2025.
*Untuk fasa 2 permohonan, tiada pilihan untuk Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.
Pastikan untuk sentiasa menyemak portal rasmi UPU bagi mendapatkan maklumat terkini tentang tarikh-tarikh penting ini.
Cara Permohonan UPUOnline
Permohonan untuk kemasukan ke IPT boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi UPUOnline di pautan ini: https://upu.mohe.gov.my/.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Beli ID UPUOnline di BSN dan pilih kategori yang betul.
- Layari portal rasmi UPU seperti pautan di atas.
- Pastikan pemohon pilih kategori yang betul.
- Semak syarat kelayakan di e-Panduan UPUOnline.
- Kira merit.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi borang permohonan online.
- Pilih program pengajian mengikut keutamaan.
- Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan teliti.
- Klik butang Simpan.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti.
- Anda boleh membuat semakan dan mengemas kini permohonan sehingga tarikh tutup permohonan.
- Selesai.

Semakan UPU Online 2025 / 2026
Setelah permohonan ditutup, calon perlu menunggu untuk keputusan permohonan diumumkan.
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan permohonan UPU.
- Pemohon boleh membuat semakan di pautan berikut mengikut permohonan anda:
- UTM –ย https://jpt.utm.my.
- UUM –ย http://jpt.uum.edu.my.
- UNIMAS –ย https://jpt.unimas.my.
- UMS –ย http://jpt.ums.edu.my.
- UMT –ย http://jpt.umt.edu.my.
- Klik pada menu Permohonan Kemasukan.
- Log masuk.
- Semak keputusan.
- Jika status berjaya, anda perlu kemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
- Jika status tidak berjaya, anda boleh mengemukakan rayuan dan membuat permohonan untuk fasa 2.
Semakan Permohonan UPU Melalui Aplikasi UPU Pocket
Untuk memudahkan semakan keputusan, UPUOnline juga telah menyediakan aplikasi mudah alih, UPU Pocket, yang membolehkan calon menyemak keputusan mereka dengan lebih cepat dan mudah.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar, memudahkan pengguna untuk sentiasa mengakses keputusan permohonan di mana-mana sahaja.
Anda boleh muat turun aplikasi UPU Pocket di sini.
Tarikh Semakan UPUOnline
Lazimnya, keputusan kemasukan ke IPT akan diumumkan dalam beberapa bulan setelah tarikh tutup permohonan.
Calon boleh membuat semakan keputusan melalui portal UPUOnline.
Jangkaan tarikh keputusan permohonan UPUOnline adalah:
- Lepasan SPM โ Minggu ketiga Jun 2025.
- Lepasan STPM โ Minggu pertama September 2025.
Walau bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan oleh pihak kementerian dalam masa yang terdekat.
Maklumat Lanjut
Jika anda calon lepasan SPM atau STPM atau Setaraf, yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, pastikan anda mengikuti semua langkah dan tarikh penting yang telah disediakan di UPUOnline.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai UPUOnline, termasuk cara permohonan, tarikh penting, dan semakan keputusan, anda boleh melayari portal rasmi UPU atau menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.
No. Tel: 03-8684 2363.
Facebook rasmi: Kemasukan BPKP JPT.
UPUChat:ย https://upuchat.org/.
E-mel:ย upu@mohe.gov.my.