Ranking SPM 2024 Kategori MRSM & SBP, Ini List Sekolah Terbaik

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru sahaja diumumkan. Mesti kita nak tahu ranking SPM 2024 sekolah mana yang mengungguli tahun 2024 kan?

Jom semak senarai sekolah terbaik SPM 2024 Malaysia untuk kategori Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Ranking SPM 2024 ini dinilai berasaskan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Maktab (GPM).

Apa Itu Gred Purata Sekolah Dan Gred Purata Maktab?

Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Maktab (GPM) digunakan untuk mengukur purata gred keseluruhan pelajar dalam SPM.

Nilai GPS yang lebih rendah menandakan pencapaian yang lebih cemerlang — contohnya, GPS 1.20 lebih baik daripada GPS 2.00.

Justeru, sekolah yang mencatat GPS lebih rendah sering dilihat sebagai institusi pendidikan terbaik dan berprestasi tinggi.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai kedudukan rasmi sekolah, namun ranking SPM 2024 tetap mendapat perhatian komuniti pendidikan dan media sebagai rujukan prestasi.

Ranking SPM 2024: Kedudukan MRSM Terbaik

MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) dikenali dengan sistem pendidikan berfokuskan STEM dan pelbagai aliran seperti MRSM Premier, Ulul Albab, Teknikal, IGCSE, dan IB..

Berikut merupakan senarai penuh kedudukan MRSM berdasarkan GPM bagi keputusan SPM 2024:

  1. MRSM Kuala Kubu Bharu: 1.261
  2. MRSM Kepala Batas:1.312
  3. MRSM Johor Bahru: 1.350
  4. MRSM Tun Ghafar Baba: 1.390
  5. MRSM Gemencheh: 1.411
  6. MRSM Taiping: 1.414
  7. MRSM Pengkalan Chepa: 1.439
  8. MRSM Kota Putra: 1.489
  9. MRSM Sungai Besar: 1.489
  10. MRSM Balik Pulau: 1.489
  11. MRSM Batu Pahat: 1.518
  12. MRSM Pasir Salak: 1.545
  13. MRSM Langkawi: 1.556
  14. MRSM Pasir Tumboh: 1.568
  15. MRSM Baling: 1.597
  16. MRSM Kuala Berang: 1.660
  17. MRSM Tun Abdul Razak, Pekan: 1.690
  18. MRSM Kubang Pasu: 1.704
  19. MRSM Sultan Azlan Shah: 1.711
  20. MRSM Kuantan: 1.715
  21. MRSM Alor Gajah: 1.817
  22. MRSM Tumpat: 1.875
  23. MRSM Parit: 1.896
  24. MRSM Serting: 1.910
  25. MRSM Beseri: 1.920
  26. MRSM PDRM Kulim: 1.924
  27. MRSM Mersing: 1.935
  28. MRSM Transkrian: 1.955
  29. MRSM Kuala Klawang: 1.974
  30. MRSM Merbok: 1.979
  31. MRSM Lenggong: 1.983
  32. MRSM Pengkalan Hulu: 2.015
  33. MRSM Felda Trolak: 2.030
  34. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens (Sandakan): 2.070
  35. MRSM Muadzam Shah: 2.092
  36. MRSM Pendang: 2.095
  37. MRSM Tun Dr. Ismail (Pontian): 2.104
  38. MRSM Kuala Krai: 2.126
  39. MRSM Bentong: 2.133
  40. MRSM Muar: 2.185
  41. MRSM Bagan Datuk: 2.195
  42. MRSM Kota Kinabalu: 2.213
  43. MRSM Betong: 2.214
  44. MRSM Gerik: 2.244
  45. MRSM Jeli: 2.250
  46. MRSM Arau: 2.284
  47. MRSM Terendak: 2.299
  48. MRSM Tun Ghazali Shafie (Lipis): 2.334
  49. MRSM Tun Mustapha (Semporna): 2.393
  50. MRSM Mukah: 2.442
  51. MRSM ATM Bera: 2.462
  52. MRSM Kuching: 2.510
  53. MRSM Kuala Terengganu: 2.522
  54. MRSM Besut: 2.689
  55. MRSM Semporna: 2.711
ranking spm 2024
Sumber: Facebook rasmi Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA.

Ranking ini memberi gambaran keberkesanan sistem pengajaran di MRSM seluruh negara, termasuk keberhasilan program khas seperti MRSM Bitara dan Teknikal.

Baca juga:

Keputusan SPM 2024: 14K Calon Semua A, Check Result Di Sini

Check SPM Result With IC Secara Online, SMS & Sekolah

Keputusan SPM 2024 Sekolah Terbaik (SBP)

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pula menampilkan sekolah elit negara yang telah lama menjadi simbol kecemerlangan akademik.

GPS digunakan untuk menentukan ranking mereka berdasarkan prestasi terkini keputusan SPM.

Berikut senarai sekolah terbaik SPM 2024 kategori SBP:

  1. Sekolah Menengah Sains Pendang / Akademi Sains Pendang (ASP): 0.38
  2. Sekolah Menengah Sains Integrasi Gombak (INTEGOMB): 0.93
  3. Sekolah Tun Fatimah (STF): 1.04
  4. Kolej Tunku Kurshiah (TKC): 1.05
  5. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER): 1.16
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR): 1.16
  7. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS): 1.17
  8. The Malay College Kuala Kangsar (MCKK): 1.23
  9. Sekolah Seri Puteri (SSP): 1.24
  10. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR): 1.32
  11. Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS): 1.34
  12. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR): 1.41
  13. SM Sains Kota Tinggi (SAKTI): 1.41
  14. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB): 1.48
  15. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK): 1.48
  16. Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS): 1.50
  17. Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH): 1.50
  18. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR): 1.51
  19. Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur (SESERI): 1.51
  20. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS): 1.53
  21. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS): 1.56
  22. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAIN): 1.61
  23. Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA): 1.61
  24. Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH): 1.65
  25. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS): 1.68
  26. Sekolah Menengah Sains Tapah (SeSTA): 1.70
  27. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL): 1.70
  28. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARIS PETRA): 1.71
  29. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA): 1.71
  30. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS): 1.74
  31. Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA): 1.75
  32. SM Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC): 1.76
  33. Sekolah Menengah Sains Jeli (JeSS): 1.85
  34. Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA): 1.88
  35. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (IGOP): 1.91
  36. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ/STJ): 2.04
  37. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB/SAKBA): 2.05
  38. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ): 2.06
  39. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS): 2.05
  40. Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH): 2.08
  41. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI): 2.08
  42. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA): 2.26
  43. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan: 2.30
  44. Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil Shah (SMADJIWA): 2.34
  45. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah: 2.41
  46. Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS): 2.41

Ranking ini menjadi rujukan penting bagi ibu bapa dan pelajar dalam memilih sekolah yang dapat memberikan persekitaran pembelajaran terbaik.

Kepentingan Ranking Sekolah Berdasarkan GPS/GPM

Ranking SPM 2024 bukan sekadar senarai nama sekolah, tetapi merupakan ukuran kejayaan sistem pendidikan itu sendiri.

Ia mencerminkan komitmen guru, usaha pelajar, dan sokongan ibu bapa.

Sekolah yang berjaya mengekalkan GPS rendah biasanya menyediakan ekosistem pembelajaran yang mantap dan efektif.

Namun, penting juga untuk diingat bahawa GPS tidak mengukur aspek kokurikulum, sahsiah, atau kebolehan insaniah pelajar.

Maka, ia hanya mewakili satu sudut dalam menilai keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah.

Baca juga:

Permohonan IPG 2025: Panduan Lengkap Untuk Calon Guru

Permohonan UPU Online 2025/2026 Untuk Lepasan SPM & STPM

Permohonan Matrikulasi 2025 Fasa 2 Sesi 2025/2026

Ranking Bukan Segalanya, Tapi Ia Penting

Ranking SPM 2024 terus menjadi perhatian kerana ia menawarkan pandangan menyeluruh terhadap prestasi akademik sekolah di Malaysia.

Walaupun ia bukan satu-satunya kayu ukur kejayaan, namun data ini amat berguna untuk analisis pendidikan, pemilihan sekolah dan penambahbaikan berterusan oleh pihak berkaitan.

Leave a Comment