My Kasih SARA 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam mendapatkan barangan keperluan asas secara bulanan.
Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima, membolehkan mereka membuat pembelian di pasar raya terpilih, tanpa tunai.
Dalam artikel ini, kami akan huraikan info penting berkaitan MyKasih SARA termasuk cara semakan baki, tarikh dan jumlah bayaran, jenis barangan yang boleh dibeli dan kaedah tebus.
Jom baca!
My Kasih SARA 2025
MyKasih SARA 2025 adalah kesinambungan kepada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditawarkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, termasuk yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.
Bantuan ini bersifat automatik, di mana anda tidak perlu memohon jika lulus STR 2025.
Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai, tetapi akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima.
Wang bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam sistem MyKasih.
Anda boleh rujuk senarai kedai MyKasih 2025 di seluruh negara mengikut lokasi yang berhampiran anda.
Siapa Yang Layak Terima MyKasih SARA 2025?
Kelayakan untuk menerima bantuan My Kasih SARA 2025 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria utama:
- Warganegara Malaysia.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Berstatus miskin atau miskin tegar mengikut data eKasih.
Jika anda memenuhi kriteria ini, anda akan terus menerima manfaat SARA tanpa sebarang permohonan tambahan.
Notifikasi kelayakan akan dihantar melalui surat, SMS, atau aplikasi mesej seperti WhatsApp.
Berita baiknya, kerajaan mengumumkan bahawa program SARA tahun ini akan diperluaskan kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April 2025.
Ini menunjukkan peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sebelum ini.

Jumlah Bantuan & Jadual Bayaran
Elaun yang diberikan melalui program My Kasih SARA 2025 berbeza mengikut kategori penerima:
- Isi Rumah: RM200 / RM100 sebulan
- Warga Emas (tiada pasangan): RM150 / RM50 sebulan
- Bujang: RM50 sebulan
Tarikh Bayaran:
- Penerima STR (Kategori eKasih): Bermula 15 Januari 2025
- Penerima STR (Bukan eKasih): Bermula 1 April 2025
Bayaran akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad, dan tarikh seterusnya akan diumumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.
Senarai Barangan Keperluan Yang Boleh Dibeli

Penerima My Kasih SARA 2025 hanya boleh menggunakan wang bantuan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah diluluskan.
Terdapat 13 kategori produk yang dibenarkan, termasuk:
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Mi segera.
- Biskut.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan asas.
- Barangan persekolahan.
Jangan risau! Barangan yang diluluskan ini akan dilabel untuk rujukan penerima bantuan.
Penggunaan dana hanya sah di pasar raya atau kedai runcit yang berdaftar di bawah program ini.
Berikut kami senaraikan contoh jenama barangan keperluan yang dibenarkan dalam program SARA bagi setiap kategori:
- Beras: Jasmine, Jati, Faiza, SAGA, Cap Rambutan, Ketupat, Royal Umbrella, BERNAS.
- Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
- Telur: NutriPlus, CP, QL Eggs
- Minyak masak: Seri Murni, Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Knife, Daisy.
- Tepung: Cap Sauh, Blue Key, Ros, Faiza.
- Mi segera: Indo Mie, Mamee, Mie Sedaap, Cintan, Maggi, Eka.
- Biskut: Munchy’s, Julie’s, Tiger, Kerk, Chipsmore, Kraft Foods, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng.
- Minuman: BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Vico, Marigold, F&N, Milo.
- Makanan dalam tin: Adabi, Yeo’s, Ayam Brand, Kimball, TC Boy, King Cup.
- Bahan perasa: Puteri, Kimball, Maggi, Tamin, CSR, Cap Kipas Udang, Life, Jalen, Faiza, Planta.
- Produk kebersihan: Colgate, Kotex, Dettol.
- Ubat-ubatan asas: Prospan, Hurix, Panadol, Difflam.
- Barangan persekolahan: Stabilo, Staedtler, Faber Castell, Bata, Canggih.
Cara Tebus Barangan MyKasih SARA
Pembelian menggunakan MyKasih SARA 2025 amat mudah dan tidak memerlukan wang tunai. Caranya adalah:
- Pilih barangan dari kategori yang diluluskan.
- Tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran.
- Imbas barangan.
- Bayaran akan ditolak dari akaun MyKasih dalam MyKad.
- Simpan resit sebagai rujukan.
Penerima disarankan menyemak baki dan transaksi secara berkala untuk mengelak sebarang kekeliruan.
Cara Semakan Status My Kasih SARA 2025
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini, anda boleh membuat semakan melalui:
- Portal rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
- Portal Bantuan Tunai STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Rujuk di sini untuk langkah-langkah semakan status.
Anda akan mendapat keputusan kelayakan dan maklumat pembayaran.
Semakan Baki
Penerima bantuan MyKasih SARA boleh menyemak baki elaun bulanan mereka melalui beberapa cara yang mudah dan pantas:
🔍 1. Semakan di Portal Rasmi MyKasih
Layari laman: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
🧾 2. Melalui Resit Pembelian
Setiap kali membuat pembelian, baki terkini akan dipaparkan pada resit yang dikeluarkan oleh pasar raya terlibat.
📱 3. Aplikasi Mudah Alih MyKasih
Untuk kemudahan lebih lanjut, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih secara percuma di Google Play atau App Store.
Melalui aplikasi ini, anda boleh:
- Semak baki akaun SARA dalam MyKad.
- Lihat senarai barangan yang diluluskan.
- Cari pasar raya atau kedai berdaftar berdekatan.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai MyKasih boleh rujuk di laman web MyKasih atau pautan ini: https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq-bm/.