Kerajaan komited dalam usahanya untuk membantu meringankan beban rakyat menerusi pemberian Bantuan Barang Dapur 2025.
Bantuan yang disalurkan melalui program MyKasih (SARA) ini memfokuskan kepada keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan sokongan tambahan untuk membeli barangan dapur.
Siapakah yang layak menerima bantuan ini dan bagaimana untuk membuat semakan status kelayakan?
Ayuh, dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai program Bantuan Barang Dapur tahun 2025.
Bantuan Barang Dapur Melalui Program MyKasih (SARA)
Program MyKasih, yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia, merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan.
Melalui program MyKasih, bantuan barang dapur disediakan untuk membantu meringankan beban keluarga yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas harian mereka.
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan wang yang disalurkan ke dalam MyKad penerima.
Wang bantuan boleh digunakan di mana-mana kedai-kedai runcit atau pasar raya berdaftar dengan MyKasih seluruh negara.
Selain barangan dapur, penerima bantuan juga boleh menggunakan wang bantuan tersebut untuk membeli barang keperluan asas terpilih lain seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Selain bantuan MyKasih dan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah, kerajaan turut menyediakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025.
Syarat Kelayakan
Anda boleh memohon Bantuan Barang Dapur jika mempunyai syarat-syarat seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus STR 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Jumlah Bantuan Barang Dapur 2025
Kadar amaun untuk bantuan ini adalah berbeza mengikut kelayakan dan kategori masing-masing.
Bantuan akan disalurkan secara tunai ke dalam MyKad penerima untuk membeli barangan dapur di kedai-kedai yang terpilih.
Setiap individu dan keluarga akan menerima bantuan bulanan berdasarkan kategori yang ditetapkan oleh pihak MyKasih iaitu:
Penerima Golongan Miskin & Miskin Tegar (STR & eKasih):
Isi Rumah: RM2,100 setahun.
Warga Emas: RM1,650 setahun.
Bujang: RM600 setahun.
Penerima Golongan Asas Bukan Miskin (STR):
Isi Rumah: RM900.
Warga Emas: RM450.
Jadul pembayaran bantuan bulanan adalah seperti berikut:
Penerima Golongan Miskin & Miskin Tegar (STR & eKasih):
Bulan | Isi Rumah | Warga Emas | Bujang |
Januari | RM100 | RM100 | RM50 |
Februari | RM100 | RM100 | RM50 |
Mac | RM100 | RM100 | RM50 |
April | RM200 | RM150 | RM50 |
Mei | RM200 | RM150 | RM50 |
Jun | RM200 | RM150 | RM50 |
Julai | RM200 | RM150 | RM50 |
Ogos | RM200 | RM150 | RM50 |
September | RM200 | RM150 | RM50 |
Oktober | RM200 | RM150 | RM50 |
November | RM200 | RM150 | RM50 |
Disember | RM200 | RM150 | RM50 |
Jumlah | RM2,100 | RM1,650 | RM600 |
Penerima Golongan Asas Bukan Miskin (STR):
Bulan | Isi Rumah | Warga Emas |
Januari | – | – |
Februari | – | – |
Mac | – | – |
April | RM100 | RM50 |
Mei | RM100 | RM50 |
Jun | RM100 | RM50 |
Julai | RM100 | RM50 |
Ogos | RM100 | RM50 |
September | RM100 | RM50 |
Oktober | RM100 | RM50 |
November | RM100 | RM50 |
Disember | RM100 | RM50 |
Jumlah | RM900 | RM450 |
Senarai Barang Dapur
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.
Berikut merupakan senarai barang dapur yang boleh dibeli menggunakan wang bantuan:
Barang | Jenama |
Beras | Jasmine / Jati / Bernas / Faiza / Cap Rambutan / Royal Umbrella / Saga. |
Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White. |
Telur | Nutriplus / QL eggs / CP. |
Minyak masak | Seri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit. |
Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey. |
Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng / Kraft Foods. |
Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap / EKA. |
Minuman | Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf. |
Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes / Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup. |
Bahan perasa | Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta / CSR. |
Barangan dapur ini dipilih kerana ia adalah bahan makanan utama yang digunakan oleh kebanyakan keluarga Malaysia.
Maklumat lebih terperinci mengenai senarai barangan dapur boleh didapati dalam portal rasmi MyKasih atau klik di pautan ini: https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq-bm/.
Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Barang Dapur 2025
Untuk membuat semakan status kelayakan bagi bantuan ini, ikut langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi MyKasih di pautan ini: https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, klik pada butang Semak Kelayakan (lihat gambar di bawah).
- Untuk semakan status, masukkan no MyKad tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik butang Semakan Status.
- Status penerima akan dipaparkan sama ada Layak atau Tiada Rekod Ditemui.
- Selesai.

Semakan ini membolehkan pemohon mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan barang dapur berdasarkan kriteria yang ditetapkan atau tidak layak.
Cara Pembayaran Bantuan Barang Dapur 2025
Wang Bantuan Barang Dapur akan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima.
Wang yang diterima di dalam MyKad tidak boleh ditunaikan dan hanya boleh digunakan untuk pembayaran barangan yang terpilih yang ada dalam senarai MyKasih.
Penerima perlu membawa MyKad mereka ketika membeli barangan dapur.
Cara Beli Barangan Dapur
Cara beli barangan keperluan seperti berikut:
- Pergi ke kedai runcit atau pasar raya terpilih di bawah program MyKasih, yang berdekatan dengan anda. Anda boleh semak senarai kedai terpilih MyKasih di sini.
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad di kaunter pembayaran untuk pengesahan.
- Jurujual akan mengimbas kod barangan.
- Bayar Menggunakan MyKad.
- Nilai bantuan yang diterima akan dipotong dari kad tersebut.
- Simpan resit untuk semakan.
Rujukan
Jika anda ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai senarai barang dapur di kedai MyKasih terpilih atau ingin membuat semakan status bantuan anda, sila lawati portal rasmi MyKasih.
Sebarang persoalan mengenai MyKasih boleh klikย di sini.