Skim Bantuan Perubatan MADANI Untuk Golongan B40
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Skim Perubatan MADANI sebagai inisiatif untuk menyediakan bantuan perubatan kepada golongan B40.
Program ini bertujuan mengurangkan beban kewangan berkaitan kos perubatan dan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti bagi rakyat Malaysia.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan mengenai Skim Perubatan MADANI, syarat kelayakan dan senarai klinik Bantuan Perubatan MADANI 2025.
Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI adalah inisiatif bantuan perubatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu menampung keperluan kesihatan golongan B40.
Ia bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang berkaitan dengan kos perubatan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat yang kurang berkemampuan.
Skim Perubatan MADANI membolehkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mendapatkan rawatan secara percuma di klinik swasta yang berdaftar.
Jadi, jika anda penerima STR 2025, anda layak untuk menerima bantuan perubatan MADANI.
Anda perlu membawa kad pengenalan untuk membolehkan anda mendapat rawatan percuma di klinik swasta yang berdaftar.
Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat untuk melayakkan anda menjadi penerima Skim Perubatan MADANI 2025.
Syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Tergolong dalam kategori pendapatan B40.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Tidak mempunyai perlindungan insurans kesihatan yang mencukupi.
Penerima STR 2025 kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan individu Bujang layak secara automatik menerima Bantuan Perubatan MADANI.
Jadi, tiada pendaftaran tambahan diperlukan untuk memohon Skim Perubatan MADANI 2025.
Namun, mereka yang layak perlu mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima manfaat yang serupa daripada skim lain seperti majikan, kerajaan negeri, atau agensi perubatan lain.
Semakan Kelayakan
Terdapat dua kaedah semakan kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI.
- Semak kelayakan anda di portal rasmi Protect Health di pautan ini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/. Anda perlu masukkan no kad pengenalan dan klik butang Semak.
- Anda juga boleh membuat semakan melalui aplikasi MySejahtera.

Rawatan Percuma Bantuan Perubatan MADANI
Skim ini menawarkan pelbagai faedah kepada penerima yang layak.
Antara rawatan sakit-sakit ringan yang ditawarkan secara percuma kepada penerima Bantuan Perubatan MADANI adalah seperti berikut:
- Demam dan selesema.
- Cirit-birit dan muntah.
- Terseliuh.
- Sakit kepala.
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Rawatan yang tidak termasuk dalam Skim Perubatan MADANI adalah:
- Imunisasi.
- Saringan kesihatan.
- Rutin rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD).
- Rutin rawatan susulan ibu dan anak.
- Rutin perancangan keluarga.
- Perkhidmatan rehabilitasi.
- Ubat tanpa konsultasi doktor.
- Suplemen.
Kadar Bantuan Perubatan MADANI
Kadar jumlah bantuan (kos rawatan yang ditanggung) adalah berbeza bagi setiap kategori STR.
- Isi Rumah: RM250.
- Warga Emas Tanpa Pasangan: RM125.
- Bujang: RM75.
Senarai Klinik Berdaftar

Untuk mengetahui senarai klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI yang terdekat dengan tempat anda, anda boleh membuat carian secara online di sini.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Pilih Negeri dan Daerah tempat anda.
- Kemudian, klik butang Cari Klinik.
- Senarai-senarai klinik akan terpapar.
- Untuk lebih spesifik dengan klinik berhampiran lokasi anda, anda boleh klik pada Carian Tambahan.
- Kemudian, pilih Bandar tempat anda. Anda boleh masukkan poskod / nama klinik / alamat klinik (jika ada).
- Klik butang Cari Klinik.
- Senarai klinik panel yang berdaftar akan dipaparkan di skrin.
Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI boleh didapati di sini.
Kesimpulan
Skim Perubatan MADANI 2025 merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk golongan B40 di Malaysia.
Dengan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti, skim ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai Skim Perubatan MADANI 2025, sila layari portal rasmi Protect Health.