Panduan Lengkap Daftar Haji Guna KWSP Tanpa Deposit RM1,300

Panduan Lengkap Daftar Haji Guna KWSP Tanpa Bayaran Deposit

Menunaikan haji merupakan impian setiap Muslim.

Namun, kos dan giliran menunggu sering menjadi cabaran utama.

Ramai yang menangguhkan pendaftaran kerana belum cukup wang simpanan di Tabung Haji, khususnya jumlah minimum RM1,300 yang diperlukan.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk daftar haji guna KWSP tanpa perlu bayar apa-apa deposit?

Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah bagaimana untuk daftar haji guna KWSP tanpa deposit, syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan kelebihan utama menggunakan kaedah ini.

Kenapa Perlu Daftar Haji Awal?

Ramai orang muda beranggapan belum perlu mendaftar haji kerana masih jauh dari usia persaraan atau belum bersedia dari segi kewangan.

Hakikatnya, sistem giliran haji di Malaysia menggunakan prinsip “First Come, First Serve”.

Ini bermaksud, lebih awal anda mendaftar, lebih cepat giliran anda diproses – walaupun anda belum bersedia dari segi kewangan untuk menunaikan ibadah haji.

Tempoh menunggu boleh mencecah 20 hingga 30 tahun.

Jadi, walaupun anda belum mempunyai RM1,300 dalam akaun Tabung Haji, anda masih boleh mendaftar dengan menggunakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Syarat Kelayakan Daftar Haji Guna KWSP

Untuk memohon pendaftaran haji melalui skim ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat asas:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam
  • Telah memiliki akaun Tabung Haji
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300 dalam Akaun 1 KWSP

Penting untuk anda tahu bahawa wang tersebut tidak akan ditolak daripada akaun anda.

Ia hanya digunakan sebagai pengesahan kelayakan pendaftaran.

Langkah-Langkah Daftar Haji Guna KWSP

daftar haji guna kwsp
Cara mendaftar haji guna KWSP tanpa bayaran deposit RM1,300.

Berikut adalah langkah mudah untuk mendaftar haji menggunakan caruman KWSP:

1. Dapatkan Penyata KWSP

Pertama, anda perlu mencetak penyata Akaun 1 KWSP.

Anda boleh melakukannya secara online melalui portal i-Akaun atau terus di kiosk atau cawangan KWSP berhampiran.

2. Buat Pendaftaran di Tabung Haji

Sebaik sahaja anda memperoleh penyata KWSP, kunjungi mana-mana cawangan Tabung Haji untuk mendaftar.

Anda juga boleh menggunakan kaedah lain seperti:

  • Kaunter mudah alih TH
  • Rakan strategik seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic
  • Portal rasmi THiJARI
  • Atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di +603-6207 1919

3. Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan dokumen berikut semasa pendaftaran:

  • Kad pengenalan
  • Penyata KWSP terkini

4. Pengesahan dan Giliran Haji

Setelah proses pengesahan dibuat (tandatangan dan cap jari), anda akan diberikan giliran haji secara rasmi.

Anda kini secara rasmi telah mendaftar tanpa perlu mengeluarkan wang dari akaun simpanan KWSP atau Tabung Haji.

Baca juga:

Pengeluaran KWSP : Jenis & Cara Pengeluaran, Serta Syaratnya

KWSP i Akaun : Panduan Lengkap Daftar & Semak Akaun KWSP

Bagaimana Jika Sudah Mendaftar Sebelum Ini?

Sekiranya anda telah mendaftar haji menggunakan wang sendiri sebelum ini, anda masih boleh menukar kepada skim daftar haji guna KWSP.

Caranya mudah – hanya kemukakan kad pengenalan dan penyata KWSP anda.

Yang menarik, wang deposit RM1,300 yang pernah anda bayar sebelum ini akan dikreditkan semula ke akaun Tabung Haji.

Pada masa sama, giliran haji asal anda tidak akan terganggu atau ditukar.

Kelebihan Daftar Haji Guna KWSP

Terdapat beberapa kelebihan utama yang menjadikan skim ini semakin popular:

  • Percuma – Tiada pengeluaran sebenar dari akaun KWSP
  • Pendaftaran lebih awal – Sesuai untuk golongan muda dan yang belum cukup simpanan
  • Tahun giliran kekal – Tidak berubah walaupun tukar kepada skim KWSP
  • Cepat dan mudah – Hanya perlu sediakan dua dokumen utama

Anda juga berpeluang mengeluarkan wang daripada Akaun Sejahtera KWSP bagi tujuan mengerjakan haji.

Baca juga:

Jangan Tunggu Lama Untuk Mendaftar Haji

Kini tiada alasan lagi untuk tidak mendaftar haji.

Dengan kemudahan daftar haji guna KWSP, anda boleh mendaftar lebih awal dan menjamin giliran menunaikan haji dalam jangka masa yang lebih cepat.

Jangan biarkan kekangan kewangan menghalang niat suci anda.

Ingat, semakin lambat anda mendaftar, semakin lambat giliran anda akan tiba.

Manfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh KWSP dan Tabung Haji ini dengan sebaik mungkin.

Sudah bersedia untuk daftar haji? Jangan tunggu lagi! Cetak penyata KWSP anda hari ini dan kunjungi cawangan Tabung Haji terdekat untuk daftar haji guna KWSP secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi KWSP atau Tabung Haji.

Leave a Comment