Anda layak menerima bantuan kewangan bulanan, eKasih jika berpendapatan di bawah garis PGK semasa.
Apakah maksudnya dan bagaimana cara untuk mendaftar eKasih?
Ikuti artikel yang kami sediakan ini.
Apa Itu eKasih?
eKasih adalah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Rakyat yang berdaftar dengan sistem pengkalan data ini boleh menerima bantuan kewangan secara bulanan, yang disalurkan melalui MyKad masing-masing.
Sistem pengkalan data ini akan dijadikan rujukan oleh pihak kementerian atau agensi dalam program pembasmian kemiskinan.
Pendek kata, dengan adanya eKasih, rakyat berkelayakan boleh menerima bantuan kewangan secara bulanan, yang disalurkan melalui MyKad masing-masing.
Ini merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Tujuannya adalah untuk menyediakan sokongan kewangan kepada golongan rentan bagi membantu mereka meringankan beban kos sara hidup.
Apa Maksud PGK Semasa?
Menurut Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa bermaksud, pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali.
PGK semasa (tahun 2022) adalah seperti berikut:

Maklumat lanjut mengenai e-Kasih dan PGK boleh didapati di portal rasmi ICU JPM.
Syarat Kelayakan eKasih
Golongan yang layak adalah:
- Individu (Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan) dan Isi Rumah yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/ Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober 2023.
Mereka ini boleh menerima bantuan melalui MyKad setiap bulan.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau SARA 2025, melalui program MyKasih (di bawah sistem eKasih) yang akan disalurkan adalah bergantung kepada kelayakan penerima.
Berikut merupakan kadar bantuan MyKasih 2025 yang ditetapkan mengikut setiap kelayakan penerima:
Miskin Tegar | Miskin e-Kasih | Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar |
Isi Rumah: RM1,200 | Isi Rumah: RM1,200 | Isi Rumah: RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,200 | Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,200 | Warga Emas Tiada Pasangan: RM150 |
Bujang: RM600 | Bujang: RM600 | Bujang: RM150 |
Penerima Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan masing-masing akan menerima RM100 sebulan selama 12 bulan (sepanjang tahun 2025).
Sementara itu, bagi kategori Bujang pula akan menerima sebanyak RM50 sebulan selama 12 bulan tahun 2025.
Bantuan kewangan itu akan disalurkan ke dalam MyKad mereka setiap bulan.
Kaedah Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaan bantuan di bawah e-Kasih dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi penerima di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, ia akan diagihkan secara ansur setiap bulan melalui MyKad penerima.
Sementara, penerima di Sabah dan Sarawak pula akan menerima berperingkat dua kali setahun melalui akaun bank.
Cara pendaftaran eKasih

Jika anda ingin mendaftar di sistem pengkalan data ini, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Sila layari portal rasmi e-Kasih.
- Skrol ke bawah dan klik butang Pendaftaran eKasih.
- Baca dengan teliti paparan Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda perlu menghubungi atau pergi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)/ Pejabat Daerah yang berhampiran untuk membuat pendaftaran.
- Jika anda telah berdaftar dengan PPN, buat semakan dalam sistem.

Talian pendaftaran
Untuk mendaftar secara manual:
Caranya:
- Kunjungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan anda, atau:
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing.
Berikut merupakan nombor talian PPN setiap negeri:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800

Tarikh Mula Bantuan
Tarikh bayaran bantuan untuk MyKasih 2025 adalah berbeza mengikut kategori.
Penerima berstatus Miskin / Miskin Tegar eKasih akan mula menerima bantuan bulanan mulai Januari 2025.
Sementara itu, penerima STR 2025 bagi kategori Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih, akan menerima bantuan bermula April 2025.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari: