Panduan How To Check EPF Number Secara Online Di i-Akaun
Setiap pekerja perlu tahu nombor ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF mereka.
Mengapa?
Ini kerana no KWSP atau EPF ini adalah nombor penting yang digunakan untuk menguruskan simpanan persaraan anda.
Pekerja bukan sahaja perlu tahu nombor ahli KWSP untuk menyemak baki akaun persaraan mereka.
Bahkan juga, nombor EPF ini penting untuk urusan membuat permohonan pinjaman atau semakan caruman majikan.
Dalam artikel ini, kami kongsikan tentang how to check EPF number, sama ada secara online atau aplikasi mudah alih dan pilihan manual, mengikut keselesaan anda bagi mendapatkan nombor KWSP dengan cepat.
How To Check EPF Number Melalui Online (i-Akaun)
Salah satu cara yang paling mudah dan pantas untuk check nombor KWSP atau EPF adalah melalui i-Akaun KWSP.
Dengan i-Akaun, anda dapat mengakses semua maklumat berkaitan akaun KWSP anda secara online, termasuk nombor ahli, baki akaun persaraan, dan caruman terkini.
Untuk mendaftar i-Akaun, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftar di laman web rasmi KWSP.
Sebelum anda boleh memulakan semakan, anda perlu mendapatkan ID pengguna dan kata laluan terlebih dahulu.
Jika anda pertama kali mendaftar di i-Akaun, anda boleh menggunakan nombor MyKad untuk mendapatkan akses.
Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh menggunakan butang Lupa Kata Laluan untuk reset maklumat log masuk.
Semak Nombor KWSP Di Aplikasi Mudah Alih i-Akaun
Selain melayari laman web rasmi KWSP, anda juga boleh semak nombor ahli EPF di aplikasi mudah alih rasmi i-Akaun yang dibangunkan oleh KWSP.
Sama seperti laman rasmi KWSP, di aplikasi i-Akaun ini juga anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Anda juga boleh menggunakan cap jari elektronik sebagai pengesahan bagi memudahkan anda log masuk aplikasi i-Akaun.
Selepas berjaya log masuk, anda akan dapat melihat paparan nombor ahli KWSP anda berserta jumlah caruman untuk akaun 1, akaun 2 dan juga akaun 3.
Cara pengaktifan i-Akaun boleh rujuk di sini.
How To Check EPF Number Di Kiosk KWSP
Selain semakan online, anda juga boleh check nombor EPF menggunakan kiosk KWSP yang terdapat di seluruh negara.
Anda hanya perlu mengunjungi mana-mana kiosk KWSP, dan menggunakan cap jari untuk mendaftar i-Akaun atau mendapatkan nombor ahli secara sementara.
Selepas pendaftaran, anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS.
Kiosk ini juga memberi kemudahan untuk anda mengubah nombor telefon TAC i-Akaun, sekiranya diperlukan.
Sila rujuk lokasi kiosk KWSP seluruh negara di sini.
Kaedah Semak Nombor KWSP Melalui Telefon
Bagi mereka yang lebih selesa menggunakan telefon, KWSP juga menyediakan perkhidmatan telefon untuk check EPF number.
Anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-8922 6000, yang dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sistem ini membolehkan anda mendapatkan bantuan untuk menyemak nombor ahli KWSP atau untuk bertanya mengenai perkhidmatan lain yang tersedia.
Pastikan anda mempunyai maklumat yang diperlukan seperti nombor MyKad untuk memudahkan proses semakan.
Datang Ke Kaunter KWSP
Jika anda tidak dapat mengakses i-Akaun atau kiosk, anda boleh terus mengunjungi cawangan KWSP untuk mendapatkan bantuan.
Petugas di kaunter akan membantu anda mendapatkan nombor ahli KWSP serta maklumat lain yang anda perlukan.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat berkenaan dengan pengurusan simpanan dan pengeluaran KWSP di sana.
Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti MyKad untuk memastikan semakan berjalan lancar.
Sebaiknya, semak dahulu waktu operasi cawangan KWSP terlebih dahulu.
Baca juga:
Dividen KWSP 2025 Diumum 6.3 Peratus, Tertinggi Sejak 2017
Pengeluaran KWSP : Jenis & Cara Pengeluaran, Serta Syaratnya
Kesimpulan
Mengetahui how to check EPF number adalah langkah penting dalam menguruskan simpanan KWSP anda.
Terdapat pelbagai cara untuk memeriksa nombor ahli, sama ada melalui i-Akaun, kios KWSP, perkhidmatan telefon, atau di cawangan KWSP terdekat.
Setiap pilihan memberikan kemudahan untuk anda mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat.
Jangan lupa untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun KWSP anda kerana ia menyediakan akses yang lebih pantas untuk membuat semakan atau urusan lain yang berkaitan dengan KWSP.