Terkini: Semakan kelayakan dan tuntutan MySalam 2025 sudah boleh dibuat bermula 8 Februari 2025 di portal mySalam.
Skim MySalam diteruskan lagi pada tahun 2025 dan kini menyenaraikan lebih banyak perlindungan untuk penyakit kritikal termasuk penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.
Skim ini memberi perlindungan kewangan kepada mereka yang terjejas dengan masalah kesihatan yang serius, sekali gus menunjukkan kerajaan prihatin dalam membantu rakyat.
Tuntutan MySalam 2025 ini memberikan kelegaan kepada individu dalam kalangan B40 yang layak menerima bantuan kewangan apabila didiagnosis dengan penyakit kritikal atau perlu dimasukkan ke hospital.
Dalm artikel ini, kami akan kongsikan mengenai MySalam, panduan untuk semakan kelayakan, bayaran dan cara untuk membuat tuntutan MySalam 2025.
Apakah MySalam?
MySalam adalah satu skim perlindungan kesihatan takaful percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40.
Skim ini memberi perlindungan terhadap 45 jenis penyakit kritikal termasuk penyakit jarang jumpa (rare diseases) dan Rheumatoid Arthritis, serta pembayaran tunai bagi mereka yang dimasukkan ke hospital.
Skim ini beroperasi melalui Tabung Amanah MySalam dan memberikan manfaat kewangan untuk membantu mereka yang menghadapi kesulitan kewangan akibat penyakit yang dihidapi.
Penerima manfaat dari skim ini adalah individu yang layak dalam kategori B40, dengan syarat yang ditetapkan.
Kami akan terangkan lebih lanjut tentang syarat kelayakan MySalam 2025 dalam artikel di bawah ini.
Manfaat Skim MySalam 2025
Tuntutan MySalam 2025 melibatkan dua jenis manfaat utama untuk perlindungan Takaful asas, iaitu Manfaat Hospitalisasi dan Manfaat Penyakit Kritikal.
Untuk Manfaat Hospitalisasi:
Individu yang dimasukkan ke hospital kerajaan, universiti atau tentera layak untuk menerima bayaran RM50 sehari bagi setiap hari mereka dirawat di hospital, terhad kepada 14 hari atau bersamaan RM 700 setahun.
Sementara itu, bagi mereka yang disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal, manfaat yang layak diterima adalah sebanyak RM8,000 yang akan dibayar sekali seumur hidup.
Kelayakan Untuk Tuntutan MySalam 2025
Untuk mendapatkan manfaat ini, individu mestilah memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kelayakan untuk tuntutan MySalam 2025 berdasarkan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagi tahun 2025, individu yang berumur 18 hingga 65 tahun, sama ada berkahwin, bujang atau OKU, dan menerima Bantuan Tunai Rakyat layak untuk mendapatkan manfaat ini secara automatik apabila mereka memenuhi syarat-syarat tersebut.
Cara Membuat Semakan Kelayakan

Bermula 8 Februari 2025, anda boleh membuat semakan kelayakan MySalam melalui portal rasmi mereka di pautan ini: https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
Pastikan anda log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang diterima melalui SMS.
Sekiranya tidak menerima SMS, anda boleh menghubungi talian bantuan di 1-300-888-938 atau menghantar e-mel ke info@mysalam.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan dan status tuntutan MySalam 2025 anda.
Baca juga:
Bantuan Perubatan MADANI 2025: Rawatan Percuma Untuk B40
Langkah-langkah Tuntutan MySalam 2025
Untuk memudahkan proses tuntutan, pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan, seperti surat hospital, laporan perubatan dan bukti pengesahan penyakit.
Bagi tuntutan manfaat hospitalisasi, anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya semalaman.
Bagi tuntutan penyakit kritikal, proses pembayaran akan diproses setelah pengesahan penyakit oleh pihak hospital.
Semuanya boleh dilakukan melalui portal atau kiosk MySalam berdekatan anda.
Senarai hospital dan kiosk MySalam boleh rujuk di pautan ini: https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=hospital.
Kesimpulan
Skim MySalam 2025 merupakan inisiatif yang sangat berguna bagi golongan B40 yang memerlukan perlindungan kewangan apabila berhadapan dengan penyakit kritikal atau perlu dimasukkan ke hospital.
Dengan manfaat yang ditawarkan, seperti bayaran hospitalisasi dan penyakit kritikal, penerima boleh mendapatkan bantuan kewangan yang amat diperlukan.
Untuk mendapatkan manfaat ini, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan dan sentiasa semak status tuntutan melalui portal MySalam atau melalui talian bantuan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perlindungan kesihatan percuma ini! Semak kelayakan dan buat tuntutan MySalam 2025 anda sekarang!