PADANS Sabah โ Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah Untuk Mengumpulkan Maklumat Golongan B40.
PADANS Sabah merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk mengumpul, menyimpan, dan mengurus data berkaitan golongan miskin dan miskin tegar di negeri tersebut.
Sistem ini bertujuan untuk memastikan bantuan disalurkan dengan tepat kepada individu atau keluarga yang memerlukan, serta untuk memantau dan melaksanakan program bantuan kemiskinan dengan lebih berkesan.
PADANS juga membantu mengelakkan golongan yang layak terima bantuan daripada tercicir.
Malahan, permohonan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) Sabah atau SUKUR Sabah juga perlu dibuat di portal rasmi PADANS.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai PADANS serta cara pendaftaran atau log masuk dan permohonan bantuan PSKR Sabah.
Jom baca!
Pengenalan PADANS SABAH
PADANS, singkatan untuk Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah, merupakan inisiatif penting yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah untuk menangani isu kemiskinan di negeri itu dengan lebih sistematik.
Sistem ini berfungsi untuk mengumpulkan dan mengemas kini data golongan miskin dan miskin tegar rakyat Sabah.
Ini terutamanya maklumat mengenai golongan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dengan adanya PADANS Sabah, kerajaan negeri dapat menguruskan maklumat kemiskinan dengan lebih efektif, menjadikan penyaluran bantuan lebih tepat dan cekap.
Melalui sistem ini, pelaksanaan program intervensi untuk mengurangkan kemiskinan menjadi lebih terkoordinasi, membantu agensi berkaitan dalam mengambil tindakan yang lebih tepat dan berkesan.
Objektif PADANS
Tujuan utama pembangunan sistem PADANS adalah untuk memudahkan proses pemantauan dan pengurusan data kemiskinan di Sabah.
Sistem ini membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti individu atau keluarga yang berhak menerima bantuan serta mengelakkan sebarang golongan yang layak daripada tercicir menerima bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan.
Selain itu, PADANS juga membantu dalam mewujudkan kerjasama yang lebih baik antara pelbagai agensi kerajaan serta wakil rakyat.
Ini memastikan bahawa usaha membasmi kemiskinan di Sabah menjadi lebih terarah dan berkesan.
Dengan data yang lebih tepat dan terkini, kerajaan negeri dapat merancang dan melaksanakan program bantuan secara lebih menyeluruh.
Cara Mendaftar PADANS SABAH
Proses pendaftaran di sistem PADANS adalah mudah dan mesra pengguna.
Berikut adalah cara untuk mendaftar dan log masuk ke akaun sistem PADANS:

Pendaftaran Pertama Kali
Untuk rakyat Sabah yang baru ingin mendaftar, ikut langkah-langkah di bawah:
- Layari portal rasmi PADANS di pautan https://padans.sabah.gov.my/.
- Pergi ke bahagian kanan atas dan klik butang Permohonan Baru SKR.
- Anda akan dibawa ke paparan Daftar Akaun Pengguna.
- Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, email, kata laluan, dan pengesahan kata laluan.
- Setelah selesai, klik butang Daftar Pengguna dan anda akan menerima email pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda.
- Buat pengesahan akaun dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun PADANS anda.
- Selesai. Anda sudah boleh log masuk ke akaun PADANS.
Cara Untuk Log Masuk PADANS
- Untuk log masuk, kunjungi semula portal rasmi PADANS dan masukkan maklumat akaun anda.
- Setelah log masuk, anda boleh mendaftar untuk program bantuan yang disediakan oleh PADANS, seperti Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau PSKR.
Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025
Salah satu program utama yang ditawarkan melalui PADANS ialah Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau PSKR.
Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan miskin dan miskin tegar.
Program ini juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang boleh dimohon secara dalam talian melalui PADANS.
Selain permohonan, rakyat Sabah juga boleh membuat semakan permohonan PSKR Sabah.
Cara-caranya seperti berikut:
Cara Permohonan PSKR Sabah
- Layari portal rasmi PADANS.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Untuk pendaftaran dan permohonan bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025, pergi ke bahagian kanan atas dan klik Borang Permohonan.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan, terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi adalah:
- Ketua Isi Rumah.
- Ahli Isi Rumah.
- Indikator.
- Pengesahan.
- Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan bahawa maklumat peribadi anda telah berjaya dihantar.
Semakan Status Permohonan PSKR Sabah

Untuk menyemak kelayakan permohonan, pengguna boleh melayari portal PADANS dan klik pada Semakan Permohonan di halaman utama.
Hanya masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak untuk mengetahui status kelayakan permohonan mereka.
Paparan di skrin anda akan menunjukkan status sama ada anda Layak atau Tidak Layak.
Maklumat Lanjut
PADANS Sabah adalah sistem pangkalan data penting dalam usaha kerajaan negeri untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Dengan data yang lebih terkawal dan kemas kini secara berkala, sistem ini memberi manfaat besar kepada golongan sasaran dalam mengurangkan beban kemiskinan di Sabah.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan atau mendaftar untuk program bantuan seperti Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, pastikan anda melayari portal PADANS dan mengikuti proses pendaftaran dengan betul.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan yang layak diterima.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah di talian 088 338 338 atau Whatsapp: 010-5828207.