๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : Semak Status Bantuan RM300

Sentuhan Kasih Rakyat Sabah: Bantuan RM300 Untuk Golongan Miskin

Kerajaan negeri Sabah baru-baru ini mengumumkan pemberian bantuan khas melalui program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.

Bantuan sebanyak RM300 sebulan akan diagihkan secara berperingkat kepada rakyat Sabah mulai Februari 2025 bagi fasa pertama.

Pengagihan ini dijangka akan memanfaatkan kepada lebih 100,000 penerima daripada kategori miskin dan miskin tegar di Sabah.

Program ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai program ini, cara memohon dan semakan bantuan Sabah RM300.

Apa Itu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah?

Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah satu inisiatif kerajaan negeri Sabah yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di negeri ini, khususnya golongan miskin dan miskin tegar.

Bantuan ini melibatkan pemberian RM300 sebulan kepada individu atau keluarga yang layak, dan akan dilaksanakan secara berperingkat, untuk tempoh setahun.

Sasaran utama program ini adalah mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta untuk program ini yang dijangka akan dimanfaatkan oleh 100,000 penerima bermula Februari ini untuk fasa pertama.

Program ini akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).

Syarat Dan Kategori Kelayakan

Kerajaan negeri Sabah menetapkan beberapa kriteria sebagai syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon.

Antara syaratnya adalah:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Sabah.
  2. Ketua isi rumah atau ahli keluarga mesti tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar, mengikut had pendapatan yang ditetapkan.
  3. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan beralamat tetap di Sabah.

Kelayakan ini bertujuan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dan memberi fokus kepada mereka yang paling terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Cara Mohon Bantuan RM300 Sabah

Pendaftaran untuk program ini boleh dilakukan secara manual.

Untuk memudahkan proses, pemohon hanya perlu mengisi borang permohonan secara manual dengan maklumat yang lengkap dan tepat.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Kunjungi pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan.
  2. Hubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan pemohon untuk bantuan proses permohonan.
  3. Ketua Kampung boleh memainkan peranan untuk hebahan atau membantu penduduk yang layak bagi proses permohonan.
  4. Semua permohonan akan disemak oleh pihak berkuasa tempatan sebelum diluluskan. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan betul, serta lampirkan dokumen sokongan bersama borang permohonan.

Jumlah Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Jumlah bantuan yang ditawarkan dalam Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 adalah sebanyak RM300 sebulan kepada individu atau keluarga yang layak.

Bayaran akan diberikan selama tempoh setahun iaitu 12 bulan.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 akan dilakukan secara berfasa atau berperingkat.

Bayaran dijangka akan mula diagihkan dalam bentuk pakej pada Februari 2025.

Tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga:

Senarai Kedai MyKasih 2025: Cara Semak Lokasi Di Setiap Negeri

SKAS Sarawak 2025: Panduan Permohonan & Semakan Status

Semakan Status Bantuan RM300 Sabah

Semakan status masih belum diumumkan oleh kerajaan negeri.

Kami akan mengemaskini artikel sebaik sahaja kerajaan negeri Sabah mengumumkan cara semakan status untuk bantuan RM300.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025, pemohon boleh melayari portal rasmi kerajaan negeri Sabah di pautan ini: https://sabah.gov.my/.

Leave a Comment