๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 Yang Dibenarkan, Ini Caranya!

Anda mungkin layak membuat Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 jika tergolong dalam kategori-kategori ini.

Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui syarat kelayakan dan jenis pengeluaran yang dibolehkan untuk Akaun 2.

Jenis Akaun KWSP

Berikut merupakan 3 akaun pengeluaran KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja:

  • Akaun 1 atau Akaun Persaraan.
  • Akaun 2 atau Akaun Sejahtera.
  • Akaun 3 atau Akaun Fleksibel.

Jenis Pengeluaran Khas KWSP

Terdapat 3 jenis akaun KWSP, namun setiap akaun berbeza syarat pengeluarannya.

Pecahan sebanyak 15 peratus daripada jumlah caruman KWSP ahli akan disimpan dalam Akaun 2 atau Akaun Sejahtera.

Dalam artikel ini, kami akan fokus lebih terperinci mengenai jenis pengeluaran khas KWSP Akaun 2.

Sementara, bagi Akaun 1 dan Akaun 3, kami akan sentuh secara ringkas tentang syarat kelayakannya.

Akaun 1

Akaun Persaraan ini hanya boleh dikeluarkan sebaik sahaja ahli mencapai umur persaraan, iaitu 55 tahun.

Ahli boleh memilih untuk membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel (mengeluarkan sebahagian simpanan dan boleh mengambil sebahagian yang tinggal pada bila-bila masa.)

Sebaik sahaja usia ahli mencapai 55 tahun, caruman dalam ketiga-tiga akaun; Persaraan, Sejahtera dan Fleksibel akan dihimpunkan ke dalam Akaun 55.

Jika ahli masih bekerja selepas usia 55 tahun, caruman KWSP akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan ahli hanya boleh keluarkan apabila umur 60 tahun.

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2

Ahli tidak perlu menunggu usia 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu seperti perumahan, pendidikan, rawatan kesihatan, dan haji.

Antara syarat umum untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP Akaun 2 adalah:

Pengeluaran 50 Tahun

Syarat untuk pengeluaran khas KWSP ini adalah ahli perlu berusia 50 tahun.

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian atau membuat pengeluaran penuh Akaun 2 (Sejahtera).

Pengeluaran khas ini hanya boleh dimohon sekali sahaja.

Tujuannya adalah untuk membantu ahli merancang kewangan pra-persaraan mereka.

Pengeluaran Khas KWSP Perumahan

pengeluaran khas kwsp

Ini pengeluaran khas untuk ahli yang berumur 55 tahun ke bawah.

Dengan Akaun 2, ahli boleh mengeluarkan wang simpanan mereka untuk tujuan perumahan seperti:

Beli Rumah

Syaratnya:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bawah usia 55 tahun.
  • Baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera.
  • Pembelian rumah kediaman.
  • Pinjaman yang diluluskan adalah dari institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / pernah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya / melupuskan pemilikan

Pengeluaran Khas KWSP Bina Rumah

Syaratnya:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bawah usia 55 tahun.
  • Baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera.
  • Ahli / pasangan membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
  • Pinjaman yang diluluskan adalah dari institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri.
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / pernah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya / melupuskan pemilikan.
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.

Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Ahli yang boleh memohon adalah:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bawah usia 55 tahun.
  • Baki minimum RM600 dalam Akaun Sejahtera.
  • Pembelian / Pembinaan untuk rumah kediaman.
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan telah bermula.

Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran khas KWSP Akaun 2 untuk tujuan mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Selain itu, ahli juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membantu pembiayaan tujuan seperti di atas, kepada pasangan ahli.

Syarat pengeluaran khas KWSP ini adalah:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bawah usia 55 tahun.
  • Baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera.
  • Telah membeli / membina rumah kediaman.
  • Bagi pengeluaran individu, ahli mestilah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut.
  • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran.
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan.
  • Permohonan hanya boleh dibuat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya.
  • Pinjaman perumahan diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.

Pengeluaran Khas KWSP Perumahan Fleksibel

Wang simpanan dalam Akaun 2 boleh membantu ahli menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan.

Caranya:

  • Sebahagian daripada simpanan di dalam Akaun Sejahteraย akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
  • Institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP ahli sebagai sebahagian daripada pendapatan.
  • Ahli boleh mendapat kelayakan pinjaman yang lebih tinggi bagi membeli rumah idaman.

Perumahan PR1MA

Simpanan semasa dalam Akaun 2 boleh membantu ahli untukย mendapatkan rumah PR1MA pertama.

Syaratnya:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia.
  • Bawah usia 55 tahun.
  • Pembeli rumah PR1MA.
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual / melepaskan hakmilik harta.

Pengeluaran Khas KWSP Pendidikan

Anda boleh mengeluarkan Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan diri sendiri, pasangan, anak-anak, dan / atau ibu bapa di institusi yang diluluskan, dalam atau luar negara.

Syaratnya:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Berusia 55 tahun dan ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Sejahtera.
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma dan ke atas.
  • Sedang belajar di institusiย dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) dan luar negara (sepenuh masa).
  • Tidak mendapat sebarang tajaan / pinjaman penuh pendidikan ATAU hanya mendapat sebahagian tajaan / pinjaman pendidikan sahaja.
  • Dibenarkan untuk Ahli / Anak / Pasangan / Ibu Bapa ahli yang berhenti / gagal / tidak tamat / tarik diri daripada pengajian.

Pengeluaran Kesihatan

KWSP membenarkan pengeluaran Akaun 2 untuk menampung kos rawatan perubatan bagi penyakit yang diluluskan, peralatan kesihatan, dan rawatan kesuburan.

Ahli boleh mengeluarkan wang simpanan ini untuk kegunaan diri sendiri, pasangan, anak-anak, ibu bapa, atau adik-beradik.

Syarat:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Umur di bawah 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Sejahtera.

Bagi mengetahui jenis-jenis penyakit yang diluluskan untuk pengeluaran ini, sila layari portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pengeluaran Khas KWSP Haji

pengeluaran khas kwsp
Sumber: KWSP

Ahli beragama Islam yang merancang untuk menunaikan haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk tujuan kos perjalanan haji, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Syaratnya:

  • Umur di bawah 55 tahun.
  • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH.
  • Tidak pernah memohon pengeluaran haji sebelum ini.
  • Simpanan di LTH tidak mencukupi.

Akaun 3

KWSP membuat penstrukturan semula akaun untuk semua ahli di bawah umur 55 tahun bermula 11 Mei 2024.

Berbanding sebelum ini hanya dua akaun simpanan, kini KWSP memperkenalkan tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Akaun 3 ini diperkenalkan untuk membantu memenuhi kewangan ahli untuk jangka pendek.

Ahli boleh mencarum dalam Akaun 3 secara pilihan dan bukan melalui potongan gaji mandatori seperti Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera.

Pecahan 10 peratus daripada jumlah caruman KWSP ahli akan disimpan dalam Akaun 3.

Ahli juga akan diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 3 ini pada bila-bila masa, ataupun tidak mengeluarkannya.

Maklumat lanjut mengenai Akaun 3 boleh didapati di portal rasmi KWSP.

Leave a Comment