Berita baik untuk penduduk negeri Sabah! Kerajaan Negeri Sabah sudah mula mengagihkan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah mulai 19 Februari 2025.
Jom ketahui lebih lanjut tentang cara permohonan, syarat kelayakan dan semakan status kelayakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
Pengenalan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau Bantuan SUKUR Sabah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan rakyat Sabah, terutamanya mereka yang tergolong dalam golongan B40.
Dengan bantuan RM300 sebulan, program ini bertujuan membantu keluarga yang berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang tinggi.
Selain itu, program yang juga dikenali sebagai bantuan Sabah Prihatin ini bertujuan memastikan kebajikan rakyat Sabah sentiasa terpelihara.
PSKR memberikan bantuan kepada lebih 100,000 penerima rakyat Sabah yang layak, sejak pembayaran fasa pertama pada 19 Februari 2025.
Bantuan ini disalurkan secara berperingkat, dengan fasa pertama pembayaran RM900 sekali gus untuk tempoh tiga bulan.
Untuk fasa berikutnya, penerima akan menerima RM300 sebulan atau RM900 untuk tiga bulan sekali gus seperti fasa pertama.
Syarat Kelayakan
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi.
Penerima bantuan mestilah:
- Warganegara Malaysia.
- Anak kelahiran Negeri Sabah dan menetap di Sabah.
- Ketua isi rumah atau ahli keluarga berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod eKasih.
- Berumur 18 tahun ke atas.
Bantuan ini hanya akan diberikan kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih.
E-kasih merupakan sistem rekod golongan miskin yang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia.
Tarikh Pelaksanaan Dan Pembayaran Bantuan
Bantuan daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah fasa pertama telah mula disalurkan pada 19 Februari 2025.
Pada fasa pertama ini, pembayaran diberikan sekali gus sebanyak RM900 untuk tempoh tiga bulan pertama.
Selepas itu, pembayaran bantuan akan diteruskan dengan kadar RM300 sebulan atau RM900 (pembayaran untuk tiga bulan sekali gus).
Pembayaran ini akan disalurkan secara terus kepada penerima yang layak melalui akaun bank yang telah didaftarkan dalam sistem eKasih, diberikan secara tunai ataupun bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO.
Pembayaran bulanan ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga rakyat Sabah yang memerlukan dalam mengatasi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Berikut adalah jangkaan pembayaran untuk pembahagian empat fasa PSKR atau SUKUR Sabah:
Fasa 1 (Januari โ Mac): RM900
Fasa 2 (April โ Jun): RM900
Fasa 3 (Julai โ September): RM900
Fasa 4 (Oktober โ Disember): RM900
Cara Memohon Bantuan Sabah Prihatin
Untuk memohon bantuan ini, pendaftaran dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi PADANS.
Permohonan secara manual:
Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan maklumat lengkap dan tepat.
Langkah-langkahnya adalah:
- Dapatkan borang permohonan di pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) daerah masing-masing.
- Hubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk bantuan proses permohonan.
- Ketua Kampung boleh membantu dengan hebahan atau memberi bantuan kepada penduduk yang layak.
Pastikan borang diisi lengkap dan betul, serta lampirkan dokumen sokongan sebelum dihantar untuk semakan pihak berkuasa tempatan.
Permohonan secara online:
Bagi permohonan dalam talian, pemohon boleh melayari portal rasmi PADANS untuk mendaftar dan mengemukakan permohonan.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan, sila rujuk di sini.
Kemaskini Permohonan

Permohonan melalui Pejabat Daerah/UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025.
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengemas kini maklumat mereka di Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan https://padans.sabah.gov.my/.
Bagi penerima yang tercicir (bukan eKasih) dan disahkan layak, pembayaran akan dimulakan pada Fasa 2 (Mei 2025).
Mereka akan menerima bayaran RM900 untuk Fasa 2, diikuti RM900 untuk Fasa 3 dan Fasa 4.
Untuk makluman, tiada tunggakan agihan untuk Fasa 1.
Semakan Status Penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Bagi memudahkan orang ramai, pihak berkuasa telah menyediakan platform untuk menyemak status kelayakan bagi menerima bantuan ini.
Penerima boleh menyemak status melalui portal rasmi SUKUR Sabah dengan langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi SUKUR Sabah di pautan ini: https://sukur.sabah.gov.my/.
- Masukkan nombor MyKad. Jika layak, anda akan melihat paparan status kelulusan.

Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi YONO Superapp, yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah.
Muat turun aplikasi YONO di peranti Android atau IOS.
Baca juga:
Kesimpulan
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah satu langkah positif dalam usaha Kerajaan Negeri Sabah membantu golongan yang memerlukan.
Dengan bantuan kewangan yang diberikan, diharapkan rakyat Sabah, terutama dari kalangan keluarga B40, dapat membantu meringankan mereka menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagi mereka yang layak, semakan status penerimaan bantuan boleh dilakukan dengan mudah melalui portal rasmi SUKUR Sabah.
Penting untuk setiap rakyat Sabah yang layak memastikan maklumat yang diberikan tepat supaya proses bantuan dapat berjalan lancar.
Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang layak, pastikan anda menyemak status bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah anda sekarang.
Jangan lepaskan peluang untuk menerima bantuan yang boleh meringankan beban hidup anda!