Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 telah pun dibuka sejak 19 Oktober lalu, tentunya ramai yang tertanya-tanya bila semakan STR 2025 boleh mula dibuat, kan?
Memandangkan tak sampai sebulan sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru 2025, sudah pasti bayaran untuk STR 2025 juga akan mula diagihkan awal tahun depan kepada mereka yang layak.
Namun, bila tarikh tepat pembayaran Fasa 1 akan dilaksanakan?
Jom, kami kongsikan cara mudah melakukan semakan STR 2025 dan jadual pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah tahun depan.
Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada 18 Oktober 2024 memberi khabar gembira kepada rakyat, khususnya penerima STR 2025.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 bilion untuk program STR 2025.
Ini merupakan jumlah peruntukan tertinggi untuk program bantuan tunai pemberian kerajaan Malaysia setakat ini.
Peruntukan STR 2025 termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disasarkan dapat memberi manfaat kepada seramai kira-kira 9 juta rakyat Malaysia, iaitu bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025 merupakan program bantuan kewangan kerajaan yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu mereka meringankan kos sara hidup.
Pemberian bantuan secara tunai ini mula diperkenalkan sejak tahun 2023 lagi.
Menariknya, tahun 2025 ia telah ditambahbaik dari segi permohonan, kemaskini, semakan STR 2025, dan cara serta kadar bayaran.
Ini bagi memastikan rakyat termasuk golongan bujang, warga emas dan isi rumah berpendapatan rendah serta sederhana terus diberikan bantuan sewajarnya.
Sebelum Buat Semakan STR 2025, Ambil Tahu Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan terkini untuk memohon STR 2025 adalah seperti berikut.
Setiap kategori mempunyai kriteria kelayakan yang ditentukan oleh kerajaan mengikut pendapatan dan status pemohon.
a) Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
iii. Jumlah pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii. Jumlah pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA/ IPTS sepenuh masa; dan
v. Jumlah pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak/ tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bagaimana Cara Memohon & Bila Tarikh Tutup?
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 dibuka sepanjang tahun bermula 19 Oktober 2024 lalu.
Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang 2025.
Permohonan Baru STR 2025 Dan Kemaskini Maklumat
Bagi yang tidak pernah menerima STR ataupun pertama kali ingin memohon, klik pautan ini untuk mengetahui langkah-langkah log masuk STR.
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:
a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang/ tiada pasangan/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR 2025.
Bagi mereka yang tiada akses internet atau memerlukan bantuan, permohonan boleh juga dilakukan secara manual di kaunter cawangan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia).
Kemaskini maklumat juga boleh dilakukan secara dalam talian atau manual.
Sila pastikan segala maklumat yang diberikan tepat bagi mengelakkan sebarang isu untuk pembayaran.
Cara Mudah Lakukan Semakan STR 2025
Status semakan STR 2025 boleh dibuat di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
- Pemohon perlu masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Log Masuk, kemudian Semak.
- Sahkan kata kunci keselamatan. Jika betul, kemudian klik Ya.
- Masukkan kata laluan pemohon dan Log Masuk.
- Semak profil anda; nama pemohon dan nombor kad pengenalan.
- Klik Semakan Permohonan dan Status Bayaran STR akan dipaparkan.
Jika Status Tidak Lulus, Bolehkah Lakukan Semakan STR 2025 Semula Atau Rayuan?
Jika status semakan STR 2025 anda menunjukkan TIDAK LULUS, pemohon masih boleh melakukan semakan rayuan.
Malahan, semakan STR 2025 ini juga dibuka sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan.
Kriteria pemohon yang layak membuat semakan rayuan adalah seperti berikut:
a. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2025; atau
b. Pemohon yang berstatus Lulus STR 2025 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Sama seperti kaedah melakukan permohonan baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah, semakan STR 2025 untuk permohonan rayuan juga boleh dilakukan secara dalam talian, di portal rasmi STR 2025.
Jumlah Bayaran STR 2025
Bantuan kewangan STR 2025 diberikan berbeza mengikut kategori dan kelayakan.
Berikut jadual jumlah bayaran mengikut kategori bagi STR 2025:





Jadual Pembayaran STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan dilaksanakan dalam empat fasa bermula;
- Fasa 1 (Februari 2025).
- Fasa 2 (April 2025).
- Fasa 3 (Ogos 2025).
- Fasa 4 (November 2025).
Tarikh sebenar akan dimaklumkan melalui media rasmi dari semasa ke semasa.
Kaedah Pembayaran STR 2025
Terdapat dua cara pembayaran untuk penerima STR 2025.
- Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Bantuan tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima.
Lain-lain Maklumat Semakan STR 2025
Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah termasuk semakan STR 2025 akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di sini.
Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini STR:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Portal rasmi STR
- Soalan lazim permohonan baru