Sentuhan Kasih Rakyat Sabah: Semakan Bantuan RM900 Sabah Disalurkan Mulai 19 Februari 2025
Kerajaan negeri Sabah baru-baru ini mengumumkan pemberian bantuan khas melalui program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
Bantuan sebanyak RM900 (untuk tiga bulan) akan diagihkan secara berperingkat kepada rakyat Sabah mulai 19 Februari 2025 bagi fasa pertama.
Pengagihan ini dijangka akan memanfaatkan kepada lebih 100,000 penerima daripada kategori miskin dan miskin tegar di Sabah.
Program ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai program ini, cara memohon dan semakan bantuan Sabah RM300.
Apa Itu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah?
Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah satu inisiatif kerajaan negeri Sabah yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di negeri ini, khususnya golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini melibatkan pemberian RM300 sebulan kepada individu atau keluarga yang layak, dan akan dilaksanakan secara berperingkat, untuk tempoh setahun.
Sasaran utama program ini adalah mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.
Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta untuk program ini yang akan dimanfaatkan oleh 100,000 penerima bermula 19 Februari ini untuk fasa pertama.
Program ini akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).
Syarat Dan Kategori Kelayakan
Kerajaan negeri Sabah menetapkan beberapa kriteria sebagai syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
Antara syaratnya adalah:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Sabah.
- Ketua isi rumah atau ahli keluarga mesti tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar, mengikut had pendapatan yang ditetapkan.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan beralamat tetap di Sabah.
Kelayakan ini bertujuan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dan memberi fokus kepada mereka yang paling terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.
Cara Mohon Bantuan RM300 Sabah
Pendaftaran untuk program ini boleh dilakukan secara manual dan online di portal rasmi PADANS.
Untuk permohonan secara manual, pemohon hanya perlu mengisi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan tepat.
Caranya adalah seperti berikut:
- Kunjungi pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan.
- Hubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan pemohon untuk bantuan proses permohonan.
- Ketua Kampung boleh memainkan peranan untuk hebahan atau membantu penduduk yang layak bagi proses permohonan.
- Semua permohonan akan disemak oleh pihak berkuasa tempatan sebelum diluluskan. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan betul, serta lampirkan dokumen sokongan bersama borang permohonan.
Untuk proses permohonan secara online, anda boleh layari portal rasmi PADANS untuk pendaftaran dan permohonan.
Cara permohonan boleh rujuk di sini.
Jumlah Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Jumlah bantuan yang ditawarkan dalam Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (PSKR) 2025 adalah sebanyak RM300 sebulan kepada individu atau keluarga yang layak.
Bayaran akan diberikan selama tempoh setahun iaitu 12 bulan.
Untuk fasa pertama (Januari hingga Mac), penerima akan mendapat bantuan sebanyak RM900, bayaran sekali gus untuk tiga bulan.
Fasa berikutnya dijangka akan dibayar sebanyak RM300 sebulan atau pembayaran sekali gus RM900 untuk tiga bulan.
Berikut jangkaan jadual pembayaran untuk empat fasa sepanjang 2025:
- Fasa 1: Januari-Mac RM900
- Fasa 2: April-Jun RM900
- Fasa 3: Julai-September RM900
- Fasa 4: Oktober-Disember RM900
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 akan dilakukan secara berfasa atau berperingkat.
Bayaran fasa pertama mula diagihkan dalam bentuk pakej pada 19 Februari 2025.
Tarikh rasmi untuk fasa berikutnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Baca juga:
PSKR Sabah : Bantuan 900 Disalurkan Mulai 17 Februari 2025.
Senarai Kedai MyKasih 2025: Cara Semak Lokasi Di Setiap Negeri.
Semakan Status Bantuan RM300 Sabah
Semakan status permohonan PSKR boleh dibuat di laman web rasmi PADANS.
Baca artikel di bawah untuk mengetahui langkah demi langkah semakan status permohonan PSKR Sabah.
PADANS Sabah : Sistem Pangkalan Data Untuk Mohon PSKR
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025, pemohon boleh melayari portal rasmi kerajaan negeri Sabah di pautan ini: https://sabah.gov.my/ atau portal rasmi PADANS.