Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 Tahun 2025 Mengikut Bank- Dijangka Bermula 3 April ini.
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan B40 dan M40 dalam mengurangkan beban kewangan.
Untuk tahun 2025, pembayaran STR Fasa 1 telah diagihkan sejak 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025, secara berperingkat.
Terkini, kerajaan akan meneruskan pembayaran STR Fasa 2 pada April 2025 ini!
Buat anda yang sudah terima bantuan fasa 1, anda boleh merancang untuk menguruskan kewangan anda sehingga April ini.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tarikh pembayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4 tahun 2025 dan jadual pembayaran STR mengikut bank.
Kami juga sediakan maklumat mengenai kategori dan jumlah bayaran untuk STR 2025 serta cara semakan status.
Jadual Bayaran STR Fasa 2 2025
Untuk tahun 2025, pembayaran STR akan dibahagikan kepada empat fasa yang dilaksanakan sepanjang tahun.
Berikut adalah jadual pembayaran bagi STR Fasa 1, 2, 3, dan 4 yang perlu diambil perhatian:
Fasa 1 | 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025. |
Fasa 2 | Dijangka pada 3 April 2025. |
Fasa 3 | Dijangka pada bulan Ogos 2025. |
Fasa 4 | Dijangka pada bulan November 2025. |
Nota: Kerajaan akan mengumumkan tarikh rasmi bayaran untuk Fasa 2, 3 dan 4 melalui portal rasmi STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/, tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Pastikan anda memeriksa akaun bank secara berkala untuk memastikan pembayaran diterima pada tarikh yang ditetapkan.
Kadar Amaun Bayaran STR 2025

Jumlah bantuan yang diterima adalah bergantung kepada kategori.
Berikut adalah anggaran kadar bayaran mengikut kategori bagi setiap fasa:
- Kadar bayaran STR Fasa 1 2025: RM150 hingga RM500.
- Isi Rumah pendapatan kurang daripada RM2,500: RM500.
- Isi Rumah pendapatan RM2,501 – RM5,000: RM150 – RM300.
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM150.
- Bujang Pendapatan Bawah RM2,500: RM150.
- Anggaran kadar bayaran STR Fasa 2: Dijangka jumlah yang diterima sama seperti Fasa 1: RM150 hingga RM500.
- Isi Rumah pendapatan kurang daripada RM2,500: RM500.
- Isi Rumah pendapatan RM2,501 – RM5,000: RM150 – RM300.
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM150.
- Bujang Pendapatan Bawah RM2,500: RM150.
- Anggaran kadar bayaran STR Fasa 3: Pembayaran boleh meningkat berdasarkan keputusan kerajaan.
- Anggaran kadar bayaran STR Fasa 4: Jumlah bayaran akhir yang disalurkan kepada penerima adalah yang terakhir dan boleh berbeza mengikut peruntukan.
Nota: Kami akan mengemaskini tarikh rasmi pembayaran STR bagi setiap fasa dari semasa ke semasa.


Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 Mengikut Bank
Berikut adalah jangkaan bayaran STR mengikut bank:
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – Selepas 6 petang.
- Maybank – Selepas 9 malam.
- CIMB – Selepas 9 malam.
- Bank Islam – Selepas 8 malam.
- Bank Muamalat – Selepas 10 malam.
- Affin Bank – Selepas 8 malam.
- RHB Bank – Selepas 9 malam.
- Ambank – Selepas 8 malam.
Ini adalah anggaran sahaja dan mungkin berubah mengikut situasi tertentu.
Pastikan anda memeriksa akaun bank anda pada tempoh tarikh yang dinyatakan di atas untuk memastikan bayaran diterima.
Jika anda belum menerima bantuan pada tarikh yang dijadualkan, jangan risau kerana pembahagian adalah secara berperingkat.
Baca juga:
Rayuan STR 2025 : Status STR Tidak Lulus? Ini Cara Buat Rayuan.
Kriteria Kelayakan Penerima STR Fasa 1 – 4
Untuk layak menerima STR, penerima mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Syarat kelayakan adalah berbeza mengikut kategori.
a) Isi Rumah
i. Kahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
iii. Jumlah pendapatan Isi Rumah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
iii. Jumlah pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
ii. Had umur adalah 21-59 tahun.
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
iv. Bukan pelajar IPTA/ IPTS sepenuh masa.
v. Jumlah pendapatan Bujang RM2,500 dan ke bawah.
Semakan STR 2025
Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan atau pembayaran STR Fasa 1 2025, anda boleh melakukannya melalui portal rasmi STR.
Cara login atau log masuk boleh didapati di sini.
Maklumat lebih terperinci mengenai semakan STR 2025 boleh rujuk di sini atau anda boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah, STR 2025.
Kaedah Pembayaran

Pembayaran STR akan dilakukan secara terus ke akaun bank penerima yang telah berdaftar semasa permohonan.
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) bermula tarikh agihan mengikut fasa.
Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai STR 2025, sila layari portal rasmi STR dan saluran-saluran berikut:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Soalan lazim permohonan baru