🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Tarikh Bayaran PERKESO 2025 : Faedah / Pencen

Jadual terkini bagi tarikh bayaran PERKESO 2025 sudah keluar!

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini mengumumkan jadual pembayaran faedah atau pencen dari Januari 2025 sehingga Disember 2025.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jadual pembayaran PERKESO tahun 2025, teruskan membaca artikel ini.

Fungsi Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO

PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang bertanggungjawab menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja di Malaysia.

Matlamat PERKESO adalah untuk memastikan pekerja di negara ini mendapat bantuan dan sokongan dalam bentuk kewangan dan perubatan, jika mereka mengalami kejadian yang tidak diingini seperti:

  • Kecederaan.
  • Hilang upaya.
  • Penyakit.
  • Kemalangan pekerjaan.
  • Kehilangan pekerjaan.

Kadar Caruman

Bermula 1 Oktober 2024, PERKESO telah menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

Setiap pekerja yang bekerja di Malaysia dengan pendapatan seperti yang dinyatakan dalam portal rasmi PERKESO adalah diwajibkan untuk mencarum.

Majikan dan pekerja masing-masing menyumbang kepada caruman PERKESO, berdasarkan gaji bulanan pekerja.

Bayaran Faedah PERKESO

tarikh bayaran perkeso 2025

Bayaran faedah PERKESO atau SOCSO merujuk kepada manfaat atau pampasan yang diberikan kepada pekerja atau waris berdasarkan jenis perlindungan yang disediakan PERKESO.

Tujuannya agar dapat membantu pekerja atau waris dalam menghadapi beban kewangan akibat kecederaan, kehilangan pekerjaan, penyakit, atau kematian yang berlaku semasa bekerja.

Terdapat dua Skim Perlindungan Keselamatan Sosial yang diperkenalkan oleh PERKESO iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan (Pencen Ilat) dan juga Insurans Pekerjaan.

Maklumat lanjut tentang skim yang ditawarkan ini boleh didapati dalam portal rasmi PERKESO.

Mereka yang mencarum dengan PERKESO dan mengalami kejadian yang tidak diingini (seperti dalam skim perlindungan di atas), layak mendapat bayaran faedah PERKESO.

Antara jenis-jenis bayaran faedah yang diberikan oleh SOCSO adalah:

  1. Faedah Hilang Upaya Kekal / Sementara.
  2. Faedah Perubatan.
  3. Faedah Pengurusan Mayat.
  4. Faedah Pendidikan.
  5. Faedah Bencana Pekerjaan.
  6. Pencen ILAT.
  7. Bantuan ILAT.
  8. Faedah Insurans Pekerjaan (SIP).

Sebelum Tahu Tarikh Bayaran PERKESO 2025, Ini Cara Permohonan Faedah

Sebarang permohonan faedah hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO yang berdekatan untuk semakan dan juga pengesahan pegawai.

Secara amnya, pemohon atau waris boleh menuntut faedah dari PERKESO dengan mengikut beberapa prosedur di bawah:

Langkah 1: Muat turun borang di dalam portal rasmi PERKESO di sini mengikut jenis faedah yang ingin dimohon.

Langkah 2: Lengkapkan semua maklumat yang diminta berserta dokumen sokongan yang disenaraikan dalam panduan.

Langkah 3: Kemukakan borang-borang serta dokumen sokongan di kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran anda.

Sekiranya faedah tersebut diterima, proses pembayaran biasanya akan dilakukan secara terus ke akaun bank penerima yang sah.

Tarikh Bayaran PERKESO 2025

Tarikh bayaran PERKESO 2025 telah diumumkan dalam portal rasmi PERKESO: https://www.perkeso.gov.my/.

Berikut merupakan tarikh bayaran faedah PERKESO untuk setiap bulan sepanjang tahun 2025.

Anda boleh terus tandakan di Kalendar 2025 supaya boleh merancang pengurusan kewangan pada setiap bulan dengan bijak.

BulanTarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina – 29 & 30 Januari 2025 – (Rabu & Khamis)
Februari28.02.2025Jumaat
Mac24.03.2025IsninHari Raya Aidilfitri– 31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
April30.04.2025Rabu
Mei26.05.2025IsninPesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)

Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)
Jun01.07.2025Selasa
Julai01.08.2025Jumaat
Ogos29.08.2025Jumaat
September01.10.2025Rabu
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali – 20 Oktober 2025 (Isnin)
November19.11.2025Rabu 
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas – 25 Disember 2025 (Khamis)
tarikh bayaran perkeso 2025
Sumber: PERKESO

Untuk makluman, tarikh bayaran PERKESO 2025 ini tidak sama dengan tarikh bayaran pencen tahun 2025.

Pencen pesara kerajaan tahun 2025 akan dibayar lebih awal berbanding tarikh gaji dan juga bayaran faedah SOCSO.

Bayaran faedah PERKESO 2025 akan dibayar sama atau lebih lewat daripada tarikh gaji penjawat awam.

Maklumat Lanjut

Kesimpulannya, faedah PERKESO adalah penting untuk perlindungan pekerja di Malaysia mendapatkan sokongan kewangan dan perubatan apabila berlaku kemalangan / kejadian tidak diingini yang berkaitan dengan pekerjaan.

Sila layari portal rasmi PERKESO di sini untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai tarikh bayaran PERKESO 2025 dan Pencen ILAT.

Leave a Comment