🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Cara Share Kredit Celcom: Panduan Kongsi Kredit Dengan Mudah

Panduan Lengkap Cara Share Kredit Celcom

Kredit prabayar adalah salah satu elemen penting bagi pengguna telefon pintar atau mudah alih.

Mesti kita akan rasa kalut apabila tiba-tiba nak membuat panggilan, menghantar mesej, atau pun menggunakan internet, tapi kredit tidak ada, kan?

Jadi, banyak syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berkongsi kredit prabayar.

Tujuannya untuk memudahkan pengguna membantu rakan atau keluarga yang kehabisan kredit.

Bagi pelanggan Celcom, terdapat beberapa cara untuk berkongsi kredit dengan rakan atau keluarga, sama ada untuk tujuan kecemasan atau ‘saja-saja’ sekadar membantu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara share kredit Celcom dengan mudah menggunakan beberapa kaedah yang disediakan oleh Celcom.

Sama ada melalui SMS, USSD, perkhidmatan transfer top-up antarabangsa, kami akan membantu anda menyediakan panduan setiap satunya.

Cara Share Kredit Celcom Melalui SMS

Perkhidmatan SMS atau sistem pesanan ringkas adalah satu cara share kredit Celcom paling popular dari dulu lagi.

Kaedah ini sangat sesuai untuk pengguna yang tidak mahu menggunakan aplikasi, menu USSD atau aplikasi rasmi Celcom.

Walau bagaimanapun, buat pengetahuan anda, Celcom sudah menghentikan perkhidmatan pemindahan kredit domestik atau berkongsi kredit, berkuatkuasa 19 Julai 2024.

Namun, disebabkan Celcom telah bekerjasama dengan Digi, perkhidmatan pemindahan kredit domestik ini hanya tersedia untuk para pelanggan Digi.

Walau bagaimanapun, Celcom masih menyediakan perkhidmatan pemindahan kredit antarabangsa.

Jadi, untuk cara kongsi kredit Celcom melalui SMS ini, kami kongsikan panduan perkhidmatan pinjaman kredit atau Credit Advance untuk pelanggan Celcom.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini melalui SMS, caranya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Pesanan di telefon anda.
  2. Taipkan mesej dengan format:
    SMS ADV[jumlah kredit]
  3. Hantar SMS kepada nombor 22262.

Contoh:
SMS ADV5 – untuk meminjam 5 ringgit kredit, dan hantar SMS ke 22262.

Selepas mesej dihantar, anda akan menerima pengesahan bahawa kredit telah berjaya dipinjamkan.

Maklumat lanjut mengenai cara share kredit Celcom boleh rujuk di sini.

Cara Share Kredit Celcom Melalui USSD

Selain SMS, pengguna telco juga boleh menggunakan kaedah USSD untuk share kredit.

Kaedah ini memerlukan anda untuk mendail nombor kod tertentu untuk melakukan pemindahan kredit.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, pengguna Celcom tidak lagi boleh melakukan pemindahan kredit domestik.

Jadi, ini kami sediakan panduan untuk anda pengguna Digi berkongsi kredit mungkin dengan keluarga atau rakan Celcom anda.

Ikut langkah-langkah berikut untuk pemindahan kredit domestik bagi pengguna Digi:

  1. *Dail 128# pada telefon anda.
  2. Pilih ‘1 My Account’ dari menu yang muncul.
  3. Pilih ‘4 Talktime Services’.
  4. Pilih ‘1 Talktime Transfer’.
  5. Masukkan nombor telefon penerima dan jumlah kredit yang ingin dikongsi.
  6. Ikuti arahan yang diberikan untuk mengesahkan transaksi.

Cara share kredit Celcom atau Digi menggunakan USSD lebih cepat dan mudah kerana anda hanya perlu mendail beberapa nombor dan mengikuti arahan yang terpapar di skrin.

Bagi urusan pinjaman kredit untuk pengguna Celcom pula, caranya seperti di bawah:

Melalui USSD:

  1. Dail *118*7#.
  2. Pilih ‘3 Other Services‘.
  3. Pilih ‘1 Credit Advance & Services‘.
  4. Pilih ‘Get Credit Advance‘ untuk menyelesaikan transaksi.

Secara ringkasnya, anda boleh meminjam kredit antara RM1 hingga RM10 melalui USSD *118*7#.

Cara Transfer Kredit Celcom Ke Negara Lain di Asia

Celcom juga menawarkan perkhidmatan pemindahan kredit antarabangsa ke negara-negara di Asia.

Jika anda ingin transfer kredit ke nombor telefon di luar Malaysia, anda boleh melakukannya melalui beberapa langkah mudah.

Cara Share Kredit Celcom Guna USSD Antarabangsa

Meskipun sudah menghentikan khidmat perkongsian kredit domestik bagi pengguna Celcom, namun perkhidmatan pemindahan kredit antarabangsa bagi pengguna Celcom masih tersedia.

Berikut adalah caranya:

  1. Dail *162#.
  2. Pilih negara nombor telefon penerima.
  3. Masukkan nombor telefon dan pilih untuk hantar kredit, data, atau baucar PLN/ Alfamart (Indonesia sahaja).
  4. Pilih denominasi pilihan untuk menyelesaikan transaksi (senarai produk berbeza mengikut negara).

Penting untuk diingat bahawa perkhidmatan ini dikenakan bayaran tambahan dan tidak semua negara di Asia menyokong transfer kredit.

Negara-negara yang layak untuk pemindahan kredit antarabangsa Celcom adalah:

  • Indonesia.
  • Bangladesh.
  • Nepal.
  • Myanmar.
  • Pakistan.
  • India.
  • Filipina.
  • China.
  • Vietnam.
  • Thailand.
  • Cambodia.
  • Sri Lanka.

Fee Transfer

Setiap transaksi transfer kredit Celcom mempunyai caj yang dikenakan.

Kadar dan denominasi pemindahan kredit antarabangsa berbeza mengikut operator telekomunikasi tempatan penerima.

Pastikan untuk semak terlebih dahulu sebarang caj yang dikenakan sebelum membuat transaksi.

Baca juga:

Kesimpulan

Celcom menyediakan beberapa kaedah mudah untuk berkongsi atau meminta kredit, serta melakukan transfer kredit antarabangsa.

Sama ada anda menggunakan SMS, USSD, atau kaedah lain, prosesnya mudah dan cepat.

Namun, pastikan anda mengambil kira sebarang caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum melakukan transaksi.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh mengunjungi portal rasmi Celcom di pautan ini: https://bantuan.celcomdigi.com/support/home.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara share kredit Celcom, pastikan untuk merujuk panduan ini setiap kali anda perlu memindahkan kredit.

Dengan artikel ini, kini anda tahu cara share kredit Celcom dengan lebih mudah dan pantas.

Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda!

Leave a Comment