๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Semakan MyKad Online & Permohonan IC Baru / Gantian

Permohonan MyKad Baru / Gantian & Semakan MyKad

MyKad adalah kad pengenalan yang wajib dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun dan ke atas.

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pengenalan diri rasmi, tetapi juga dilengkapi dengan butiran penting individu.

Disebabkan itulah pentingnya untuk setiap warganegara Malaysia membawa MyKad ke mana-mana sahaja mereka pergi.

MyKad atau juga disebut sebagai IC (Identity Card) ini juga perlu dijaga sebaiknya; tidak boleh hilang atau rosak.

Jika hal demikian berlaku, kita perlu memohon kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Namun, tahukah anda, kini dengan adanya kemajuan teknologi, permohonan dan semakan MyKad boleh dilakukan secara mudah dan pantas secara online atau dalam talian.

Artikel ini akan memberi panduan tentang cara permohonan untuk kad baru atau lama MyKad, jenis-jenis permohonan yang boleh dibuat dan semakan MyKad.

Pengenalan MyKad

MyKad merupakan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk warganegara Malaysia, yang diperkenalkan pada tahun 2001.

MyKad telah mengalami beberapa evolusi dari segi ciri-ciri keselamatan dan kemudahan yang disediakan.

Ia dilengkapi dengan cip pintar yang menyimpan data biometrik serta maklumat peribadi pemilik.

Kad pengenalan ini mengandungi nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, agama, dan alamat.

MyKad digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengesahan identiti, dan penggunaan untuk pelbagai urusan rasmi kerajaan dan swasta.

Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk urusan kesihatan, pengundian, membuka akaun bank dan sebagainya.

Pengenalan MyKad yang melibatkan teknologi tinggi menjadikannya lebih selamat dan memudahkan rakyat Malaysia dalam menjalani urusan seharian.

Jenis-jenis Permohonan MyKad Dan Semakan MyKad

semakan mykad online

Setiap warganegara Malaysia wajib mempunyai MyKad bagi menunjukkan mereka itu seorang warganegara.

Kad pengenalan perlu dijaga dengan baik kerana selain merupakan pengenalan diri, ia juga mempunyai maklumat peribadi individu.

Selain itu, MyKad yang hilang atau rosak juga perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera bagi mengelakkan penyalahgunaan identiti.

Sebarang maklumat peribadi anda seperti perubahan alamat perlu dikemaskini untuk memastikan rekod yang tepat dan terkini.

Berikut merupakan jenis-jenis permohonan MyKad untuk warganegara termasuk pendaftaran untuk MyKad baru dan lama.

  • Permohonan MyKad kali pertama bagi kanak-kanak 12 tahun.
  • Permohonan kad pengenalan bagi Orang Baru Tiba (OBT).
  • Permohonan daftar lewat kad pengenalan.
  • Permohonan kad pengenalan Pesara Polis atau Tentera.
  • Permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  • Permohonan gantian rosak kad pengenalan.
  • Permohonan gantian tukar alamat kad pengenalan.
  • Permohonan pindaan butiran kad pengenalan.

Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak 12 Tahun

Setiap warganegara Malaysia yang berumur cukup 12 tahun perlu membuat permohonan MyKad.

Proses permohonan ini memerlukan kehadiran ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ke pejabat JPN untuk mendaftarkan maklumat dan mengambil gambar rasmi.

Ibu bapa atau penjaga perlu membuat permohonan untuk anak mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap kanak-kanak berumur 12 tahun.

Sekiranya lewat, bayaran proses sebanyak RM10 akan dikenakan.

Sebelum permohonan, ibu bapa perlu menyediakan dokumen seperti sijil kelahiran kanak-kanak, kad pengenalan ibu bapa atau penjaga, dan bil utiliti untuk pengesahan alamat tempat tinggal.

MyKad yang dikeluarkan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun akan berfungsi sebagai kad pengenalan yang sah sehingga mereka mencapai umur 18 tahun.

Sebaik usia 18 tahun, pemohon perlu memohon MyKad baharu untuk orang dewasa.

Penukaran perlu dibuat semasa pemohon berumur 18-25 tahun bagi mengelakkan sebarang bayaran proses.

Semakan MyKad akan diterangkan kemudian pada akhir artikel.

Permohonan Kad Pengenalan Pesara Polis / Tentera

Pesara polis dan tentera yang telah mencapai umur persaraan atau tamat berkhidmat wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan.

Urusan permohonan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.

Permohonan ini memerlukan dokumen seperti sijil kelahiran, kad pesara dan surat pengesahan persaraan untuk membuktikan status mereka.

MyKad pesara ini mempunyai kelebihan seperti kemudahan untuk urusan rasmi berkaitan dengan perkhidmatan pesara.

Permohonan Gantian Hilang Kad Pengenalan

Sekiranya kad pengenalan hilang atau rosak, pemohon perlu membuat permohonan untuk menggantikan kad tersebut.

Proses permohonan hilang kad pengenalan berbeza dengan kad pengenalan yang rosak.

Kad pengenalan yang hilang perlu segera dilaporkan kepada pihak polis.

Pemohon boleh terus hadir ke JPN untuk mengisi borang permohonan serta membayar fi gantian.

Atau, pemohon boleh memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di portal rasmi JPN di pautan ini: https://www.jpn.gov.my/my/.

Seterusnya, pergi ke menu Sistem Gantian MyKad bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Pemohon juga boleh terus layari pautan ini https://gantianmykad.jpn.gov.my/ untuk urusan permohonan gantian MyKad.

Selain itu, pemohon perlu hadir di pejabat JPN untuk mengemukakan bukti identiti dan lain-lain dokumen yang diperlukan.

Permohonan ini boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN di seluruh Malaysia.

Kad pengenalan gantian akan dikeluarkan dalam tempoh tertentu selepas permohonan diluluskan.

Semakan MyKad akan diterangkan pada akhir artikel.

Semakan MyKad & Permohonan Gantian Rosak Kad Pengenalan

Sekiranya kad pengenalan rosak akibat keausan atau kerosakan fizikal yang menyebabkan maklumat tidak dapat dibaca, pemohon boleh membuat permohonan gantian MyKad di pejabat JPN.

Proses permohonan melibatkan pengisian borang yang disediakan serta bayaran caj untuk pemprosesan gantian.

Pastikan pemohon membawa kad pengenalan asal yang rosak dan dokumen sokongan lain jika diperlukan.

Sama seperti proses permohonan untuk kad pengenalan hilang, jika IC rosak juga, pemohon boleh layari portal rasmi JPN melalui aplikasi Sistem Gantian MyKad.

Anda juga boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 8066.

Untuk semakan permohonan gantian rosak IC, kami akan terangkan di penghujung artikel.

Permohonan Gantian Tukar Alamat Kad Pengenalan

Jika alamat di kad pengenalan lama sudah berubah, individu perlu mengemaskini maklumat tersebut dengan membuat permohonan tukar alamat.

Permohonan ini hanya melibatkan perubahan maklumat alamat dan pemohon tidak perlu melalui pengesahan biometrik atau gambar baru.

Dokumen yang diperlukan termasuk bukti alamat baru seperti bil utiliti atau penyata bank.

Proses permohonan ini dapat dilakukan dengan mudah di pejabat JPN dan permohonan akan diproses dalam masa yang ditetapkan.

Semakan MyKad Online

semakan mykad

Untuk membuat semakan MyKad, pemohon boleh melakukannya melalui beberapa saluran yang disediakan oleh JPN.

Salah satu cara yang paling mudah adalah melalui portal rasmi JPN di pautan ini: https://semakankpmys.jpn.gov.my/.

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan isikan captcha yang dipaparkan.

Kemudian, klik butang Semak.

Semakan MyKad secara online ini memudahkan rakyat Malaysia mengetahui perkembangan permohonan mereka, sama ada kad telah siap atau masih dalam proses.

Sistem MyJanjiTemu JPN

myjanjitemu semakan mykad

Sistem MyJanjiTemu adalah platform dalam talian yang memudahkan rakyat Malaysia membuat janji temu untuk urusan berkaitan dengan JPN, termasuk permohonan MyKad.

Melalui sistem ini, pemohon boleh memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk hadir ke pejabat JPN tanpa perlu menunggu dalam barisan panjang.

Ini menjadikan proses permohonan MyKad lebih efisien dan mudah, dengan mengurangkan waktu menunggu di kaunter.

Pemohon yang ingin membuat janji temu untuk urusan MyKad boleh layari pautan ini: https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan dan semakan status MyKad, anda boleh melayari laman web rasmi JPN atau menghubungi talian bantuan yang disediakan.

Pastikan anda mengikuti semua langkah dengan teliti dan menyediakan dokumen yang lengkap bagi mempercepatkan proses permohonan.

Leave a Comment